suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Eira Syazira ambil berkat doa Hari Arafah, mohon kecaman terhadap anak diganti kejayaan luar biasa

Eira (kiri) sentiasa mendoakan yang terbaik buat Amarra.

SEMPENA Hari Arafah, pelakon Eira Syazira menzahirkan doa penuh makna buat anaknya iaitu Amarra Sofea yang kini sedang bersaing di pentas program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

Eira atau Syazira Sarimah Sakinah Almera Suhaimi, 42, mendoakan agar setiap kata-kata buruk dan hinaan yang dilemparkan kepada anaknya tidak menjadi beban, sebaliknya digantikan dengan kehebatan serta kejayaan luar biasa buat Amarra pada masa hadapan.

"Di hari yang penuh keberkatan dengan doa-doa mustajab ini, saya menitipkan doa semoga setiap kata-kata buruk, setiap hinaan dan kebencian kalian terhadap anakku akan Allah gantikan dengan segela kekuatan, kehebatan serta kejayaan luar biasa buat Amarra," katanya. 

Adzrin turut menafikan penyertaan Ammara (kanan) di TTMM2 menggunakan 'kabel'.

Eira berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Selasa. 

Dalam pada itu, guru vokal Amarra iaitu penyanyi Adzrin Adzhar turut tampil mempertahankan keluarga tersebut serta menafikan dakwaan netizen yang mengaitkan penyertaan Amarra dengan pengaruh atau 'kabel'.

Menurutnya, keluarga itu menunjukkan usaha berterusan dan kesungguhan tinggi dalam memastikan Amarra memberikan persembahan terbaik sepanjang pertandingan berlangsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen komen Amarra Sofea patut tersingkir, Eira Syazira pertahan anak… Beri ruang untuk belajar

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Eira Syazira enggan layan fitnah terhadap Amarra, nafi anak jadi pembuli di sekolah… “Saya dan suami abaikan sahaja”

"Aku rasa senang-senang Pak Azad (suami Eira), Amarra dan Eira nak masuk syurga. Banyak betul kata dia pakai kabel. 

"Kau (netizen) tahu tak mereka tiga beranak kacau aku pagi, petang, siang, malam punyalah nak berusaha. Kabel lu!. 

"Kau tengok pukul berapa mak dia mesej. Aku kalau jumpa orang sebut kabel ni depan muka memang aku lempang dahi kau," ujarnya. 

Untuk info, Amarra digandingkan bersama bapanya, penyampai radio Azad Jazmin sebagai pengurus dalam TTMM2.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain