suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

NJWA tak hilang, fokus besarkan anak... Mahu jadi pemuzik serba boleh

NJWA jawab dakwaan menghilang dalam bidang seni.

SELEPAS lama dilihat sepi dalam bidang seni, penyanyi NJWA menjelaskan dia sebenarnya masih aktif berkarya, namun memilih bergerak dalam skala lebih perlahan sejak lima tahun kebelakangan ini.

NJWA atau Najwa Mahiaddin, 40, berkata perubahan fasa kehidupan selepas pandemik Covid-19 dan kehadiran cahaya mata membuatkan dia memberi lebih tumpuan terhadap keluarga sambil menyesuaikan diri dengan kerjaya seni.

“Ramai fikir saya menghilang, tapi sebenarnya tidak. Cuma saya agak perlahan dan kurang aktif sedikit dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

“Selepas pandemik Covid-19 dan mempunyai cahaya mata, saya lebih fokus untuk menjadi seorang ibu sambil cuba seimbangkan kerjaya sebagai artis.

NJWA masih aktif sebagai anak seni.

“Sekarang anak saya pun sudah berusia lima tahun, jadi saya rasa lebih selesa dan sudah dapat membahagikan masa dengan baik antara keluarga dan kerja. Alhamdulillah, setakat ini semuanya okay,” katanya kepada mStar. 

NJWA berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu ‘Tak Berlagu’ OST Khadam yang diadakan di Serai Hall, KLGCC Mall, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Isnin. 

Dalam pada itu, NJWA memberitahu tanggapan dirinya menyepi juga mungkin timbul selepas dia melakukan penjenamaan semula nama pentas selain perubahan genre muzik yang dibawakan.

"Rasanya pendengar lagu Got To Go rasa macam lama sangat saya menyepi. Pertamanya mungkin sebab sebelum ini saya dikenali sebagai Najwa Mahiaddin kemudian saya rebrand sebagai NJWA. 

ARTIKEL BERKAITAN: Lama menghilang, NJWA rupanya sudah bergelar ibu... tak minat sertai politik ikut jejak langkah bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka berasal dari Lubnan, Najwa Mahiaddin tukar nama NJWA

"Kemudian muzik saya pun sudah berbeza, bukan R&B lagi. Mungkin kalau peminat sebenar mereka tahu tentang keberadaan saya dalam dunia muzik. 

"Sebenarnya saya ada saja dalam industri ini cuma stail muzik berbeza dan tidak terlalu mainstream. Tambah pula saya juga mahu explore perkara lain," ujarnya. 

NJWA bagaimanapun menegaskan minatnya terhadap muzik bukan sekadar untuk bergelar selebriti, sebaliknya mahu terus berkembang sebagai pemuzik serba boleh.

Sekarang anak saya pun sudah berusia lima tahun, jadi saya rasa lebih selesa. 

NJWA

PENYANYI

“Dalam jangka masa panjang, saya tak semestinya perlu sentiasa berada di depan sebagai penyanyi sebab minat saya memang muzik. 

“Sama ada menyanyi, menulis lagu atau bermain piano, semuanya memang minat saya sejak kecil lagi. Jadi apa saja peluang dalam industri muzik saya terima kerana ini memang impian saya sejak kecil untuk menjadi seorang pemuzik. 

“Bukan semata-mata mahu jadi selebriti, tetapi seseorang yang benar-benar mahir dalam bidang muzik," katanya.

NJWA sebelum ni fokus membesarkan anak.

Untuk rekod, NJWA mendirikan rumah tangga dengan Idris Koh Keng Hui pada 26 Mac 2015.

Dalam perkembangan lain, NJWA turut bekerjasama dengan Rendra Zawawi menghasilkan lagu tema rasmi filem Khadam berjudul Tak Berlagu yang dinyanyikan oleh Ernie Zakri.

Menurutnya, melodi lagu tersebut dibentuk mengikut perkembangan emosi watak Melor yang bermula dengan nada tenang sebelum bertukar menjadi lebih berat dan mendalam.

Lagu Tak Berlagu kini boleh didengari di semua platform penstriman digital manakala muzik video rasminya bakal dilancarkan menerusi saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia tidak lama lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain