PELAKON Dilan Janiyar mendakwa dirinya menjadi mangsa amalan ilmu hitam yang dipercayai dilakukan oleh bekas pembantu peribadi.Menurut Dilan, perkara itu terbongkar selepas dia menemukan perbualan mencurigakan dalam telefon bimbit pembantunya yang dipercayai berhubung dengan seorang bomoh. Katanya, individu berkenaan didakwa cuba ‘menghantar’ sesuatu kepada dirinya termasuklah ibu dan kakak.Dilan akui trauma dengan kejadian tersebut.“Pada awalnya saya memang terlalu percaya dan sayang kepadanya sebab dia sudah lama bekerja dengan saya.“Tetapi lama-kelamaan perangainya berubah dan sering menimbulkan masalah dengan kru lain,” katanya ketika muncul dalam sebuah podcast bersama pelawak Mongol Stres.Berkongsi lanjut, Dilan berkata dia mula berasa pelik apabila menemukan tempurung kelapa hijau yang disimpan terlalu lama di kediaman mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Meloyakan! Sebulan tak mandi, selebriti cantik ini anggap bersihkan badan memenatkanARTIKEL BERKAITAN: Teruk Suga kena kecam, didakwa potong barisan acara maraton… Artis tak layak dapat layanan istimewaPada awalnyam dia menyangka pembantunya mengamalkan diet tertentu, namun sangkaannya meleset apabila mendapati tempurung berkenaan dipercayai digunakan bagi melengkapkan ritual ilmu hitam.Difahamkan, pembantu tersebut diarahkan meminum air kelapa hijau dalam satu tegukan tanpa berhenti sebelum tempurungnya disimpan dan tidak boleh dibuang.Selain itu, Dilan turut menemui beberapa ayat yang tidak difahami maksudnya yang dipercayai digunakan untuk menyempurnakan ritual berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!