BAPA kepada penyanyi Vidi Aldiano iaitu Harry Kiss merancang untuk melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini atas nama arwah anaknya yang meninggal dunia pada Mac lalu.Menurut Harry, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha keluarga untuk meneruskan amal kebajikan sekali gus mengabadikan ingatan terhadap Vidi melalui ibadah berkenaan. “Saya tanya boleh ke kalau nak letak atas nama arwah Vidi? Individu yang menguruskan ibadah korban itu kata boleh, jadi saya buat korban untuk Vidi," katanya. Vidi meninggal dunia akibat kanser buah pinggang.Dalam pada itu, Harry menjelaskan dia masih mengekalkan pilihan kambing sebagai haiwan korban berbanding lembu seperti yang diamalkan sejak dahulu.Malah, dia turut merancang untuk memperluaskan konsep ibadah korban dalam bentuk lebih besar agar lebih ramai orang dapat menikmati agihan daging korban berbanding kaedah biasa yang terhad.“Kita korban daripada dulu kambing.ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Vidi Aldiano bawa kek ziarah pusara, tanda sedekah sempena ulang tahun anakARTIKEL BERKAITAN: Shireen Sungkar, rakan selebriti bina masjid dan perigi, wakaf atas nama Vidi Aldiano“Kami lebih suka buat macam pesta rakyat, bakar sate sama-sama korban. Biasanya seekor kambing dapat 30 orang. Kalau buat acara, boleh sampai 5,000 orang,” ujarnya. Untuk rekod, Vidi menghembuskan nafas terakhir pada 7 Mac lalu akibat kanser buah pinggang. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Umum Tanah Kusir, Jakarta Selatan, Indonesia.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!