suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat wanita disyaki mangsa bunuh disumbat dalam tong dram, tatu ‘Neha’ pada tangan petunjuk kenal pasti identiti

Mayat seorang wanita muda disyaki mangsa bunuh ditemukan dalam tong dram plastik.

PENDUDUK setempat di Patiala, India gempar selepas mayat seorang wanita muda ditemui disumbat di dalam sebuah tong dram plastik berwarna biru di tepi jalan.

Penemuan mengerikan itu mencetuskan siasatan besar-besaran pihak polis yang tidak menolak kemungkinan kes berkenaan mempunyai unsur pembunuhan.

Menurut laporan, mayat tersebut ditemui selepas polis menerima maklumat awal pagi mengenai sebuah dram yang dipercayai mengandungi mayat manusia.

Mangsa dipercayai seorang wanita berusia antara 15 hingga 20 tahun, namun identitinya masih belum dikenal pasti setakat ini.

Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa mempunyai tatu nama 'Neha' pada salah satu tangannya.

Selain itu, satu lagi tatu berbentuk simbol hati turut ditemui pada lengannya yang sebelah lagi.

Polis percaya kedua-dua tatu berkenaan mungkin menjadi petunjuk penting dalam usaha mengenal pasti identiti mangsa.

Pasukan forensik turut dipanggil ke lokasi kejadian untuk mengumpul bahan bukti serta memeriksa dram dan kawasan sekitarnya.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Rajindra bagi tujuan bedah siasat dan proses pengecaman identiti.

Menurut polis, punca sebenar kematian masih belum dapat dipastikan dan hanya akan diketahui selepas keputusan forensik serta siasatan lanjut diperoleh.

Ketika ini, pihak berkuasa sedang menyemak laporan orang hilang dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran bagi mengesan identiti mangsa serta individu yang meninggalkan dram tersebut di lokasi kejadian. -Agensi

Artikel Lain