suria

Antara gajet dan kerbau, mak pilih kerbau! Video si kecil tunggang Bobi raih lebih sejuta tontonan, baru seminggu ‘berkenalan’ langsung tak kekok

Video gelagat Adam Iqram yang langsung tidak kekok menunggang kerbau meraih lebih sejuta tontonan di TikTok.

SUDAH menjadi lumrah, anak kecil sememangnya gemar meneroka dan mencuba sesuatu perkara baharu yang ditemui di sekeliling mereka.

Baru-baru ini tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan gelagat si cilik yang kelihatan begitu asyik menunggang dan bermain dengan kerbau peliharaan keluarganya.

Langsung tidak kekok, malah si kecil berkenaan nampaknya begitu manja dan seakan-akan mempunyai 'pertalian' istimewa dengan haiwan berkenaan yang diberi nama Bobi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pantang jumpa mesti kutip! Ibu dedah perangai anak asyik bawa balik kucing jalanan, kini baru sedar dari dalam perut dah bagi banyak petunjuk

ARTIKEL BERKAITAN: Belum cecah 3 tahun, si cilik tak kekok langsung di dapur... dulu berdukung kini dah ada kerusi sendiri - “Mulakan dengan pisau plastik”

Sehingga kini video yang dimuat naik di aplikasi berkenaan meraih melebihi satu juta jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, ibu si cilik berkenaan, Nur Idayu Mat Sekeri berkata anaknya, Adam Iqram Mohd Azhar sememangnya gemar meluangkan masa bermain dengan kerbau peliharaan adiknya yang baru dibeli minggu lalu.



Gelagat Adam Iqram yang langsung tidak kekok bermain dengan kerbau milik bapa saudaranya.

"Ada sepasang kerbau dan seekor anak yang baru dibeli. Kiranya baru seminggu sahaja anak saya bermain dengan kerbau-kerbau tu. Haiwan-haiwan ini semua ditambat dekat depan rumah kami saja.

"Boleh kata setiap hari, memang dia akan main atau tunggang kerbau. Adik-adik saya yang lain rajin melayannya. Tak sangka, dia berani naik belakang kerbau tu padahal baru seminggu dan anak saya pula baru setahun usianya," ceritanya yang menetap di Ketereh, Kelantan.



Adam Iqram merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik.

Ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, dia lebih gembira melihat anaknya gemar meneroka alam sekeliling meskipun berkemungkinan ada yang berpandangan sebaliknya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Mungkin ada orang fikir kotor, bahaya... tapi saya okay saja, biarlah mereka meneroka benda baharu. Lagipun ia dalam pengawasan orang dewasa.

Tak ada salahnya kita biarkan anak-anak meneroka sesuatu yang baharu,asalkan tidak membahayakan. Lagipun dekat kampunglah dapat merasa suasana macam ni.

NOR IDAYU MAT SEKERI

IBU

"Saya gembira dari kecil lagi dia ada sifat cintakan haiwan, dan bagi saya ia patut dipupuk dalam diri anak-anak. Tapi lain ibu bapa lain caranya. Lagi pula bagi saya, ia lebih bagus daripada mendedahkan anak dengan gajet ketika usia mereka kecil.

"Adam ni buat masa sekarang menunjukkan minat suka meneroka benda-benda di sekelilingnya... dia masih belum terjebak dengan gajet. Abangnya yang berusia lima tahun dah pandai main gajet, jadi harapan kami supaya Adam tak terikut-ikut... biarlah dia main dengan alam sekeliling," kata ibu berusia 27 tahun ini.



Nor Idayu dan suami gembira kerana anak mereka mempunyai sifat cintakan haiwan sejak kecil.

Tidak menyangka video yang dimuat naik oleh adiknya meraih jumlah tontonan yang banyak, Nor Idayu berkata dia gembira dan terharu menerima komen-komen positif daripada netizen.

"Bagi saya, sebagai ibu bapa, tak ada salahnya kita biarkan anak-anak meneroka sesuatu yang baharu... asalkan tidak membahayakan. Lagipun dekat kampunglah dapat merasa suasana macam ni," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain