Pilih kek, tinggalkan pesakit! Lelaki ini kagum dengan diri sendiri selepas lebih 6 tahun belajar di Rusia, tidak lagi bergelar doktor

Bekas doktor ini menjadi pembuat kek sepenuh masa sejak tahun 2018.

SIAPA sangka, kesukaran mencari kek yang sedap sewaktu menuntut di Rusia pada 2012 menjadi permulaan kepada perjalanan yang tidak disangka-sangka dalam hidup bekas doktor ini.

Menurut Muhammad Naqiuddin Rozman, 28, dia pada waktu itu merupakan pelajar bidang perubatan dan mula mempelajari teknik membuat kek menerusi internet sehingga ia dikembangkan sebagai cabang perniagaan setahun kemudian.

Menamatkan pelajaran dan kembali ke Malaysia pada 2016, dia sempat bertugas sebagai doktor pelatih di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum berhenti atas faktor kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari 'banker' kepada 'baker', baru 5 tahun Zulkiflee jadi pilihan VVIP, selebriti

ARTIKEL BERKAITAN: “Ayat customer is always right tak semestinya digunakan setiap masa” - Pembuat kek premium dimaki lewat balas mesej, dituduh berlagak

Tidak terhenti di situ, perjalanannya sebagai pembuat kek sepenuh masa kemudiannya bermula pada penghujung 2018 sehingga wujudnya 'baking studio' sendiri di kediamannya di Ipoh, Perak.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Naqi mengakui rindu akan kerjaya asalnya namun kini komited dalam mengejar cita-cita baharu dalam bidang perniagaan.

"Sejujurnya rindu nak bekerja di hospital. Saya belajar lama, enam tahun lebih di Rusia. Sempat kerja setahun lebih je sekembalinya ke tanah air.

"Tapi bila lihat kedepan, saya nampak peluang lebih besar dalam bidang perniagaan khususnya yang melibatkan makanan," ujarnya sewaktu dihubungi.

Sekembalinya ke Malaysia, dia sempat berkhidmat di HKL sebelum berhenti kerja atas faktor kesihatan.

Bercerita mengenai permulaannya sewaktu merantau di negera orang, Naqi berkata agak sukar dia mencari kek yang kena dengan seleranya.

Hasil eksperimen sendiri, ia bukan sahaja terjual kepada rakan-rakan sekampus malah turut dibeli oleh pensyarah di tempat dia menuntut ilmu.

"Kat sana susah nak cari kek sedap, itu yang saya buat sendiri. Mak saya pun selalu buat kek, tapi kek biasa-biasa sahaja... macam kek batik dan brownies.

"Jadi saya start jual pada kawan-kawan, pensyarah. Bila balik Malaysia pun saya jual sekejap sebelum bekerja di hospital.

Saya target untuk ada baking studio sendiri dalam tiga tahun lagi. Kemudiannya nak buka akademi juga, untuk saya jadi tenaga pengajar dan curahkan ilmu.

MUHAMMAD NAQIUDDIN ROZMAN

BEKAS DOKTOR/PEMBUAT KEK

"Selepas saya berhenti kerja, saya buat kek di rumah. Saya juga ada masuk kelas untuk perbaiki lagi teknik.

"Tapi kebanyakannya saya eksperimen sendiri berdasarkan bacaan internet, YouTube dan buku resipi. Sejak itu saya ambil tempahan kek untuk perkahwinan dan hari lahir," katanya.

Tweet yang dikongsi Naqi di Twitter.

Bercerita mengenai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada Mac lalu sehingga banyak acara perkahwinan dibatalkan, Naqi turut menerima tempiasnya.

Sebagai alternatif, dia tampil dengan tiga seleksi kuih raya untuk dijual yang mana ia dihantar ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, kisah Naqi turut mencuri tumpuan setelah dia berkongsi foto perbandingan kek yang dihasilkannya pada tahun 2012 dan 2020 menerusi Twitter.

Antara kek yang pernah dihasilkan bekas doktor ini.

Kata Naqi, dia sendiri melihat terlalu banyak perubahan dan bersyukur atas segala ilmu dan kepakaran yang dimilikinya kini.

"Rasa kagum, sebab saya banyak belajar sendiri. Cara buat dekorasi, bunga dan sebagainya pun belajar sendiri.

"Saya target untuk ada baking studio sendiri dalam tiga tahun lagi. Kemudiannya nak buka akademi juga, untuk saya jadi tenaga pengajar dan curahkan ilmu," ujarnya mengakhiri bicara.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain