suria

Popular sebab tinggi di sekolah, ‘panje’ mengaku bukan sahaja susah cari jodoh tapi nak dapat saiz baju, kasut pun payah!

Ke mana sahaja Scha pergi dia akan sentiasa menarik perhatian orang ramai.

RAMAI orang ingin jadi popular.

Justeru kita dapat lihat pelbagai jenis content yang dihasilkan di media sosial khususnya semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai.

Namun sebaliknya buat Nur Syahirah Saufi, 24 atau lebih selesa dipanggil Scha.

ARTIKLE BERKAITAN: Sedih! Tak sampai separuh masuk exam online, apa yang guru Geografi ini fikir sampai gigih call setiap pelajar? - “Ini bukan kejadian pertama”

ARTIKLE BERKAITAN: Salah faham SOP, dua sahabat keluar buat assignment terpaksa korek tabung bayar kompaun... tapi masih tak cukup, cuma ada RM200 saja!

Dengan ketinggian 186 sentimeter (sm) atau 1.86 meter (m), gadis yang bertugas sebagai perunding kecantikan (beautician) ini sentiasa menjadi perhatian ramai setiap kali keluar rumah.

"Kebiasaannya kalau keluar pergi mana-mana memang orang akan tegur dan ada juga sesetengah yang nak ukur ketinggian mereka dengan Scha.

"Masa dekat sekolah pun memang Scha paling tinggi, boleh dikatakan semua orang kenal Scha sampaikan cikgu dan atlet ramai ajak main netball," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Scha bagaimanapun bukanlah yang paling tinggi dalam keluarganya, sebaliknya gelaran itu dipegang abangnya yang memiliki ketinggian 193 sm.



Scha dan dan adik beradiknya yang lain memiliki ketinggian luar biasa.

Gembira dengan ketinggian dan kelebihan yang dimilikinya, Scha berkata kesemua adik-beradiknya memperoleh baka ibunya yang memiliki ketinggian 171 sm.

Menetap di Kota Bahru, Kelantan, dia juga berpeluang menggunakan ketinggian yang ada untuk menceburi bidang sukan yang berkaitan.

"Scha memang gunakan kelebihan yang ada untuk main netball, Scha jadi Goal Keeper (GK).

"Dulu kalau team lawan tengok pasukan kami terus takut sebab nampak saya jadi GK cumanya saya aktif sampai tingkatan 3 sahaja lepas tu dah tak aktif sukan," katanya yang turut menerima nama panggilan "panje" dari rakan-rakan.



Scha dipanggil "panje" oleh sahabatnya.

Namun katanya ketinggian yang dimiliki mereka sekeluarga ini tidak hadir tanpa cabaran.

"Bab pakaian memang susah sangat, biasanya kena beli yang plusize tapi Alhamdullilah mak Scha tukang jahit baju jadi baju raya memang mak la yang jahit sebab kalau nak beli memang tak ada saiz di kedai.

"Selipar, kasut pun susah nak dapat, memang kena beli yang plussize dari China," katanya.



Bergambar dengan rakan-rakan juga bukanlah sesuatu yang mudah bagi Scha.

Menurutnya sesi bergambar juga menjadi agak kompleks disebabkan ketinggian yang dimilikinya.

"Kalau bergambar dengan kawan-kawan memang akan susah, kena ikut susunan.

"Kadang-kadang ambil gambar duduk sebab nak bagi cantik," ujarnya.

Kebiasaannya kalau keluar pergi mana-mana memang orang akan tegur dan ada juga sesetengan yang nak ukur tinggi dengan Scha.

NUR SYAHIRAH SAUFI

Satu lagi cabaran yang dihadapinya adalah dalam mencari pasangan.

"Cabaran jadi tinggi ni saya selalu menjadi tumpuan kalau pergi mana-mana.

"Saya susah juga nak cari pasangan sebab orang selalu anggap saya dah berusia," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain