suria

Edit ke real ni? Kecoh pensyarah Malaysia ‘berbalas DM’ dengan Ariana Grande yang ada 246 juta pengikut - “Saya sengaja tag dia”

Ajil menunjukkan video yang kononnya dia 'berbalas mesej' dengan Ariana Grande.

VIDEO yang dikongsi seorang pemuda di aplikasi TikTok menggemparkan netizen apabila mesej yang dihantarnya secara langsung (DM) kepada seorang penyanyi terkenal dibalas.

Lelaki berkenaan mendakwa, DM yang dihantar ke akaun Instagram milik penyanyi Ariana Grande yang memiliki 246 juta pengikut itu mendapat maklum balas.

Malahan dia turut muncul dalam video tersebut bagi meyakinkan netizen, sehingga mencetuskan pelbagai reaksi di ruangan komen.

ARTIKEL BERKAITAN: "Akhirnya dia sedar kewujudan saya" - Berkali cuba nasib, sejuk tangan lelaki ini Mariah Carey respon tweet

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya terkejut sampai menggeletar" - Speechless Ali Gatie komen petikan gitar, siap hantar mesej.... netizen harap bro ni OK!

"Macam scam je."

"Hahaha nice, tak kisah la betul ke tak."

"Edit ke real ni," demikian antara komen-komen netizen.



Tangkap layar video Ajil di TikTok.

Pemuda berkenaan, Fadzillah Suhaili, 32, berkata, dia sama sekali tidak menyangka akan menerima sambutan ramai susulan memuat naik video 'berbalas DM bersama Ariana Grande'.

Jelasnya, mesej yang dihantar kepada penyanyi Amerika Syarikat (AS) itu berupa lirik lagu berjudul 'Into The Thick Of It' daripada siri animasi muzikal, The Backyardigans.

"Bagaimanapun video tersebut sebenarnya saya edit untuk kelihatan seperti saya dan Ariana berbalas mesej dengan lirik lagu yang semakin popular di media sosial.

"Mustahil Ariana nak balas DM saya, macamlah dia ada banyak masa untuk berbalas mesej satu-satu dengan followers dia yang berjuta-juta tu," katanya kepada mStar.



Ajil merupakan pensyarah jurusan marin.

Lebih mesra disapa Ajil, dia bagaimanapun mengaku merupakan salah seorang peminat Ariana dan lagu penyanyi itu yang paling diminatinya adalah '7 Rings'.

"Saya mendapat idea untuk menyunting video DM Ariana selepas terdapat pengguna TikTok lain melakukan perkara sama untuk DM penyanyi Justin Bieber dan Eminem.

"Saya bukanlah pakar video atau bekerja dalam bidang berkaitan, tapi mempunyai minat dalam editing dan rakaman video sejak dulu," katanya yang berasal dari Kuching, Sarawak.



Foto kiri menunjukkan Ajil (kanan, baju oren) ketika bertugas dalam bidang marin. Foto kanan Ajil di atas kapal.

Siapa sangka di sebalik hiburan yang diketengahkan di aplikasi popular itu, Ajil merupakan pensyarah bagi jurusan marin di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Ajil menjelaskan bahawa kebanyakan video yang dimuat naiknya lebih menjurus kepada perkongsian rutin harian dan berkenaan dengan keluarganya.

Mustahil Ariana nak berbalas DM dengan followers dia berjuta tu. Minta maaf buat mereka yang tengok video saya tu, saya buat sekadar suka-suka je.

AJIL

"Video content yang edit ini adalah yang pertama. Saya sengaja munculkan diri dalam video untuk kelihatan saya betul-betul excited yang Ariana balas DM saya.

"Saya sengaja tag (membuat pautan) dia pada posting video tu dengan akaun media sosial Ariana untuk menjadikan perkongsian saya tu lebih real," ujarnya yang sebelum ini bertugas sebagai jurutera marin.



Ajil mengikuti lagu-lagu Ariana Grande.

Menerusi pautan berkenaan, dia juga berharap postingnya disedari oleh Ariana yang mencatat rekod sebagai wanita pertama di dunia berjaya mengumpul 200 juta pengikut di Instagram.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Macam yang saya kata, mustahil Ariana nak berbalas DM dengan followers dia berjuta tu. Minta maaf buat mereka yang tengok video saya tu, saya buat sekadar suka-suka je.

"Terima kasih juga kepada mereka yang support dan like. Harap semua terhibur, mana tahu nanti saya akan buat video macam ni lagi," ujarnya secara berseloroh.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain