suria

“Akhirnya dia sedar kewujudan saya” - Berkali cuba nasib, sejuk tangan lelaki ini Mariah Carey respon tweet

Mariah menyifatkan tiga jururawat wanita di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor sebagai 'real life hero'. foto: Fox.

PENGORBANAN petugas barisan hadapan (frontliner) di negara ini turut mendapat perhatian penyanyi antarabangsa, Mariah Carey.

Menerusi laman Twitter, diva bersuara emas itu menyifatkan tiga jururawat wanita di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor sebagai real life hero.

Segalanya bermula apabila anak saudara salah seorang jururawat tersebut, Mohamad Asraf Nordin berkongsi sekeping foto di ruangan balas Twitter milik Mariah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya terkejut sampai menggeletar” - Speechless Ali Gatie komen petikan gitar, siap hantar mesej.... netizen harap bro ni OK!

ARTIKEL BERKAITAN: Mariah Carey tiba di Kuala Lumpur

Bercakap kepada mStar, penuntut bidang Kejuruteraan Awam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu mengakui terkejut apabila menerima respons sedemikian, awal pagi Rabu.

"Saya memang selalu reply tweet Mariah, tapi tak pernah dapat respons. Kemudian dia ada tweet pasal frontliners, jadi saya reply lagi dengan gambar ibu saudara dan rakan jururawatnya.

Mariah menyifatkan tiga jururawat wanita di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor sebagai 'real life hero'.

"Dalam seminit lepas tu, dapat notification. Dia like dan quote tweet saya. Terus saya kejutkan adik yang sedang tidur.

"Adik pun minat. Adik kata tangan saya sejuk. Memang terkejut dan tak sangka. Gembira sangat. Akhirnya dia sedar kewujudan saya," ujar jejaka berusia 20 tahun itu.

Bercerita mengenai idolanya itu, Asraf mengakui dia mula menjadi peminat Mariah sejak 2015.

Waktu baru kenal, saya terkejut dengar vokal dia. Kemudian saya discover lagu-lagu lama dia.

MOHAMAD ASRAF NORDIN

PENUNTUT UTHM

Dia turut berpeluang melihat sendiri penyanyi lagu My All itu secara langsung apabila Mariah hadir membuat konsert di Kuala Lumpur pada 2018.

"Saya minat Mariah sejak tahun 2015. Masa tu tingkatan tiga. Saya jadi peminat fanatik dia setahun kemudian.

"Semuanya bermula lepas saya tengok persembahan dia di Billboard Music Award dan American Idol.

Asraf sewaktu  menghadiri konsert Mariah di ibu negara, dua tahun lalu.

"Waktu baru kenal, saya terkejut dengar vokal dia. Kemudian saya discover lagu-lagu lama dia," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Asraf berkata dia belum sempat memaklumkan ibu saudaranya, Rasidah Mohamad, 44, mengenai respons tweet penyanyi berusia 50 tahun itu.

Tweet Asraf yang mendapat perhatian Mariah.

Faham dengan kesibukan tugas khususnya dalam berhadapan Covid-19, Asraf bagaimanapun hanya memaklumkan hal itu kepada sepupunya, yang juga anak kepada Rasidah.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain