suria

Mariah Carey tiba di Kuala Lumpur

KONSERTNYA akan berlangsung dua hari lagi, tetapi penyanyi Mariah Carey sudah berada di Kuala Lumpur.

Penyanyi yang memenangi anugerah Grammy ini menyiarkan gambarnya berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas dengan keterangan "Good morning, Kuala Lumpur" di Instagram.

Diva berusia 48 tahun itu akan mengadakan konsert di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen KL pada Selasa.

Kali terakhir beliau tampil di Malaysia pada tahun 2014.

Dalam kunjungannya kali ini, peminat pasti mengharapkan Carey menyanyikan beberapa buah lagu hitnya.

Beliau pada tahun mengeluarkan single baharu, With You, sebuah lagu balada.

Beliau menyanyikan lagu itu di Anugerah Muzik Amerika baru-baru ini.

Carey membuat penampilan pertamanya pada tahun 1990 dan sejak itu menjadi salah seorang artis terlaris di dunia.

Albumnya terjual lebih dari 200 juta unit dan telah mencatat tempat teratas dalam carta Billboard Hot 100 sebanyak 18 kali. -StarOnline

Mariah Carey, Kuala Lumpur, konsert

Artikel Lain