Soalan cepumas Zulkifli kepada UAI, apa nak buat kalau jadi menteri agama Malaysia? Jawapan sempoi tapi padu!

Dua tokoh ilmuan agama ini bersiaran secara langsung bagi mengupas persoalan dan pengisian sepanjang tempoh PKP.

SEJAK dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bulan lalu, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sememangnya menjadi tumpuan ramai.

Bukan sahaja kerana keperibadiannya yang tenang dan berhemah dalam menangani persoalan berkaitan agama, mantan Mufti Wilayah Persekutuan ini juga disenangi kerana sikapnya yang cool dan santai ketika berbicara dengan netizen di media sosial.

Terbaharu, Zulkifli menjadi tumpuan warga maya apabila bersiaran secara langsung menerusi platform media sosial bersama pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI.

ARTIKEL BERKAITAN: “Babak pertama, episod baharu...” – Coretan pertama mantan mufti WP, sejurus catat sejarah dilantik menteri

ARTIKEL BERKAITAN: “Seorang figura yang benar-benar beragama, akhirnya impian jadi nyata” - Yatt Hamzah sebak Dr Zulkifli jadi Menteri Agama

Menerusi program berjudul ‘Deme wak mende PKP ning?’ yang bersiaran pada malam Selasa, pelbagai isu yang dikupas berlatarkan pengisian sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Namun antara yang mencuri tumpuan warga maya adalah soalan yang diajukan oleh Zulkifli kepada UAI.

Sambil cuba menyelitkan dialek Terengganu, Zulkifli bertanya apakah yang akan pendakwah itu lakukan sekiranya dilantik menjadi menteri agama.

“Saya nak tanya soalan cepumas. Ini sekadar nak tahu.. ikhlas ni. Soalan ni mungkin akan jadi viral di seluruh Malaysia dan dunia. 

"Soalannya begini, kalau ustaz jadi menteri agama Malaysia, ustaz nak buat apa? Mungkin ini nasihat kepada diri saya, boleh diambil pedoman,” demikian pertanyaan yang diajukan oleh mufti itu.

Dr Zulkifli (kiri, depan) mengangkat sumpah sebagai senator pada 10 Mac lalu.

Menjawab persoalan tersebut, UAI dalam nada bergurau berkata dia tidak layak untuk menjawat jawatan berkenaan.

Namun ujarnya, jika diberi amanah menggalas jawatan tersebut, dia akan menggunakan peluang dan kuasa yang diberikan untuk menyebarkan dakwah dan meninggikan darjat agama Islam.

“Kalau saya jadi menteri agama, maknanya saya ada kuasalah dalam nak sampaikan agama. Dalam kaedah hidup kita ni, kena sentiasa ambil peluang. Yang dilarang adalah salah guna kuasa. Bila ada kuasa maknanya kia duduk pada satu keadaan yang sangat berpeluang besar.

“Ambil peluang gunakan kuasa itu untuk apa? Supaya agama Allah ditinggikan dan dimuliakan. Jadi (menteri) tiga tahun ke lima tahun ke tak kiralah, tapi sempat buat perkara ini agar dapat jawab di akhirat dan depan Allah. Datuk dah jadi menteri agama. Jadi Allah akan tanya di akhirat nanti,” katanya.

Tambah UAI lagi, orang bukan Islam tidak perlu bimbang dan khuatir kerana secara tidak langsung, mereka akan turut mendapat nikmat bersama.

Antara komen netizen yang menyambut baik kupasan dua tokoh agaman itu menerusi laman sosial.

“Bila agama Allah naik, orang bukan Islam pun tumpang nikmat, sebab apa, sebab agama Allah adil. Bukan kata orang bukan Islam je, haiwan pun tumpang nikmat.

“Orang bukan Islam tak perlu takut sebab bila Islam naik, maksudnya mereka tumpang rahmat, seronok, bahagia.

“Saya doakan Datuk ada kekuatan, bantaun dan pertolongan Allah bersama kakitangan kementerian untuk naikkan agama Allah,” jawab pendakwa itu lagi.

Dalam pada itu, ramai yang meyambut baik perkongsian dan kupasan kedua-dua tokoh berkenaan yang disiarkan secara langsung di lama sosial.

“Cetusan idea yang baik yang mempertemukan ulama untuk mengupas isu-isu penting untuk kepentingan umum dan dapat mempertingkatkan imej Islam yang suci,” tulis seorang netizen.

“Terbaik… Antara ilmu yang saya baru dapat ialah kita dapat pahala iktikaf masjid jika kita niat dari rumah semasa PKP ni. Mari kita amalkan ok,” tulis seorang lagi. 

Menteri Agama, UAI, Ustaz Azhar Idrus, PKP

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain