“Saya je duduk Langkawi jaga kubur ayah” - Anak arwah Aziz Desa tenang dikutuk cemar keturunan

Zhaeim mengakui peka dengan komen-komen yang dilemparkan di media sosial.

DENGAN jumlah pengikut yang ramai di media sosial, apa sahaja yang dilakukan anak kepada Allahyarham Aziz Desa ini pastinya menjadi perhatian ramai.

Bukan pertama kali tular, kini wujud pula trend kebencian terhadap Mas Zhaeim Zhiddin sehingga banyak komen negatif dilemparkan kepadanya.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter melabelkan Instafamous itu sebagai individu yang memiliki 'kosong peratus bakat dan paras rupa'.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak arwah Aziz Desa takut kehilangan ibu, mahu buktikan mampu jadi cef - “Tak indah konvo kalau dia tak ada”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terpegun dengar laungan azan anak arwah Aziz Desa, terbuka siapa nak bagi teguran!

Malah, tweet berkenaan turut menerima lebih 6,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter, seolah-olah ramai bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Mengakui peka dengan hal itu, dia yang mesra disapa Zhaeim bagaimanapun tenang sahaja berdepan dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

Antara komen yang ditinggalkan di laman Twitter.

"Dekat Twitter dah ramai orang benci saya. Tak ada buat apa-apa, tapi saya suka melayan haters. Saya tak kisah apa orang cakap.

"Kalau dia kata kosong peratus bakat, mungkin dia tak tahu keseluruhan tentang diri saya, pasal rupa pula, saya tak kisah... itu pandangan dia," ujarnya kepada mStar.

Dan sebab arwah ayah jugalah saya jadi cef. Dia nak anak dia seorang jadi cef.

MAS ZHAEIM ZHIDDIN

INSTAFAMOUS

Namun kata Zhaeim, dia agak terasa apabila muncul satu tweet yang berbaur penghinaan sehingga membabitkan keluarga serta nama allahyarham bapanya.

Kata Zhaeim, hal melibatkan keluarga disifatkan agak sensitif namun dia kekal bersikap positif dan memaafkan individu tersebut.

Zhaeim mengakui agak terasa apabila nama keluarganya dikaitkan dengan perkara tidak baik.

"Terasa juga bila dia kata keluarga saya semua OK, kecuali saya. Abang jadi pembaca berita, dia kata saya je jadi cef, tukang masak. Dia kata kat saya 'buat annoying orang Langkawi (Kedah) je'.

"Tapi saya kata, betullah. Selepas arwah ayah meninggal, semua famili duduk Kuala Lumpur... saya je duduk Langkawi jaga kubur arwah ayah.

"Kerja hotel kat sini, cari duit sendiri. Tak jadi pengemis. Dan sebab arwah ayah jugalah saya jadi cef. Dia nak anak dia seorang jadi cef," jelas Zhaeim lagi.

Zhaeim mahu menjadi cef demi memenuhi impian arwah bapanya.

Dalam tweet oleh individu tersebut, dia turut menuduh Zhaiem mencemarkan nama keturunan Allahyarham Aziz Desa.

Sehingga kini, Zhaeim memiliki lebih 21,000 pengikut di Twitter dan mengumpul lebih 83,000 pengikut di Instagram.

Sebelum ini, Zhaeim yang juga penuntut Kolej Vokasional Langkawi pernah tular apabila wajahnya disamakan dengan putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah.

Zhaeim, Aziz Desa, cef, Langkawi

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain