suria

Ramai terpegun dengar laungan azan anak arwah Aziz Desa, terbuka siapa nak bagi teguran!

Video azan oleh Zhaeim tular di laman sosial.

SEMENJAK dua menjak ini, Instagram Story semakin meriah dengan pelbagai filter baharu.

Antara yang popular tentunya filter dari akaun diselipin, dengan kesan khas seolah-olah ada meja ucapan lengkap dengan mikrofon.

Lebih menarik, filter ini turut mengubah suara anda dengan menghasilkan gema, persis bunyi yang dihasilkan menggunakan mikrofon.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu viral wajah iras Putera Mateen, kini bakat anak arwah Aziz Desa jadi bualan, “Dapat banyak view sebab ada yang tak suka, mungkin salah faham kapsyen”

ARTIKEL BERKAITAN: Pereka hiasan dalaman tak terkejut video ucapan pengetua mencanak lebih 300,000 view, masuk FB lain pula jadinya - “Kalau suka sukalah, ni joke merapu”

Jika baru-baru ini tular video ucapan pengetua, kali ini tular pula video laungan azan yang menggunakan filter sama.

Menurut empunya badan, Mas Zhaeim Zhiddin yang juga anak pengacara popular Allahyarham Aziz Desa, dia tidak menyangka video itu akan menarik perhatian ramai.

"Saya dulu pernah sekolah tahfiz sekejap. Pernahlah azan. Saya jumpa filter tu, saya fikir best juga kalau try azan.

"Saya suka-suka je post di Twitter dan Instagram. Dulu masa duduk asrama pun pernah azan, pernah juga jadi imam solat tarawih," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Saya rasa perlu perbaiki. Ada orang tegur saya azan. Itu satu perkara yang baik.

MAS ZHAEIM ZHIDDIN

Mesra disapa Zhaeim, dia juga menerima dengan hati terbuka teguran seorang individu yang memperbetulkan laungan azannya tempoh hari.

Katanya lagi, dia melihat perkara itu dari sudut positif yang mana ilmu agama juga boleh dikongsikan menerusi laman sosial.

"Saya rasa perlu perbaiki. Ada orang tegur saya azan. Itu satu perkara yang baik.

"OK la dia nak tegur. Jadi di Twitter pun boleh belajar," katanya.

Zhaeim positif biarpun laungan azannya menerima teguran.

Selain teguran, rata-rata pelayar media sosial turut memuji alunan azan yang dilaungkan oleh Zhaeim.

Malah kata Zhaeim, dia juga gembira apabila dapat berkongsi pahala dengan mereka yang menonton video tersebut.

"Bila saya buat video tu, ramai kata nak try azan. Sama-sama kita dapat pahala," katanya lagi.

Video Zhaeim di Twitter menerima lebih 222,000 tontonan.

Sehingga kini, video azan oleh Zhaeim menerima lebih 222,000 tontonan.

Posting itu juga mendapat hampir 10,000 perkongsian di Twitter.

"Finally ada jugak orang yang guna filter ni untuk kebaikan.

"Subahanallah syahdunya bila dengar pagi-pagi macam ni kan, merdunya suara, maha suci Allah tuhan semesta alam.

"Finally ada juga benda bagus kat Twitter ni. Alhamdulillah sejuk telinga mendengar," tulis beberapa netizen.

Zhaeim sebelum ini pernah tular kerana wajahnya yang dikatakan iras Putera Brunei, Putera Mateen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
azan, Aziz Desa, Putera Mateen, Zhaeim

Artikel Lain