Pereka hiasan dalaman tak terkejut video ucapan pengetua mencanak lebih 300,000 view, masuk FB lain pula jadinya - “Kalau suka sukalah, ni joke merapu” - Viral | mStar

Pereka hiasan dalaman tak terkejut video ucapan pengetua mencanak lebih 300,000 view, masuk FB lain pula jadinya - “Kalau suka sukalah, ni joke merapu”

Paparan skrin video tular Keem Mazni yang mencuri perhatian ramai di media sosial.

SABAN hari ada sahaja video jenaka yang tular dan menjadi hiburan buat netizen di media sosial.

Terbaharu, aksi seorang jejaka yang membuat ucapan ala-ala pengetua sekolah turut mencuri perhatian ramai.

Dengan menggayakan selendang merah, ucapan itu kelihatan realistik apabila ia dihasilkan menggunakan filter Instagram, lengkap dengan kesan bunyi dan meja ucapan beserta mikrofon.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengetua pencen tiba-tiba popular selepas jadi bahan 'eksperimen' cucu

ARTIKEL BERKAITAN: Pengetua sekolah ditahan bantu siasatan kes liwat

Dimuat naik di Twitter pada Khamis lalu, video oleh Keem Mazni yang juga seorang pereka hiasan dalaman sehingga kini telah menerima lebih 320,000 tontonan.

Bercerita kepada mStar, jejaka berusia 29 tahun yang mesra disapa Keem itu mengaku ia dihasilkan secara suka-suka untuk tatapan rakan-rakan di media sosialnya.

"Ada satu filter di Instagram, saya tengok ramai orang buat. Jadi saya cubalah berlakon jadi pengetua.

Kalau di Twitter ramai yang lihat ia sebagai joke, di Facebook pula sampai ada yang bergaduh.

KEEM MAZNI

"Saya pakai selendang yang dibeli kat bundle masa nak pergi India dulu dan buat ucapan. In characterlah, sebab pengetua sekolah saya dulu perempuan.

"Bukan nak jadi pengetua pun. Tak pernah ada cita-cita nak jadi pengetua, ia sekadar gurauan sahaja," ujarnya sewaktu dihubungi.

Kata Keem lagi, dia tidak kekok untuk membuat aksi seolah-olah berucap dalam video itu kerana sering menjadi pengacara majlis di zaman persekolahannya.

Bercerita mengenai penularan video itu, Keem mengakui penerimaan di Twitter dan Facebook cukup berbeza.

Posting Keem yang tular di Twitter.

"Saya tidak terkejut pun bila video tu dapat banyak view. Ada kawan Twitter saya yang memiliki ramai followers, jadi bila mereka retweet, makin ramai orang tengok.

"Akhir sekali sampai ke pengetahuan keluarga. Mereka OK sahaja. Memang dah faham perangai saya. Benda ni joke merapu, santai sahaja.

"Kalau di Twitter ramai yang lihat ia sebagai joke, di Facebook pula sampai ada yang bergaduh.

Keem mengakui video itu dirakam secara suka-suka sahaja.

"Tapi saya tak hiraukan komen-komen Facebook tu. Kalau suka, suka lah. Tak suka, nak buat macam mana," katanya lagi.

Dalam pada itu, posting video berkenaan juga sehingga kini menerima lebih 27,300 perkongsian di Twitter.

Malah, ramai mengaku terhibur kerana video itu dikatakan mengimbas semula memori zaman persekolahan mereka.

"Pengetua yang menyampaikan sepatah dua kata selama dua hingga tiga jam.

"Ini gaya macam pengetua sekolah elit dengan pangkat datin," tulis beberapa netizen.

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain