Lebih RM60,000 simpanan hangus! Pasangan ini kena ‘kencing’, bakal abang ipar kononnya nak jual rumah corner lot - "Saya harus perah keringat, bermula dari kosong" - Viral | mStar

Lebih RM60,000 simpanan hangus! Pasangan ini kena ‘kencing’, bakal abang ipar kononnya nak jual rumah corner lot - "Saya harus perah keringat, bermula dari kosong"

Mastura terkilan apabila ditipu dalam urusan jual beli rumah dengan orang yang dipercayainya. Gambar Hiasan

SUDAHLAH rumah yang dijanjikan tak dapat, wang simpanan pula lesap!

Nasib malang inilah yang menimpa pasangan suami isteri apabila keinginan untuk memiliki sebuah rumah corner lot sebagai aset untuk masa depan musnah!

ARTIKEL BERKAITAN: Setuju nak beli, nak membayar banyak helahnya! Penjual handphone dedah perangkap scammer, “Dulu ABC, kini sistem pemindahan berjadual”

Tampil menjelaskan perkara itu, Masturah Abu Bakar yang terkilan dengan apa yang berlaku mendakwa ditipu orang yang dikenali dalam urusan jual beli rumah berkenaan.

Posting yang dimuatnaik oleh Masturah tular di laman Facebook.

"Tanggal 11.11 sangat bermakna kerana sudah lapan tahun usia perkahwinan kami dan hari ini juga ulang tahun perkahwinan yang paling tragis. Kami ke balai polis untuk beri keterangan.

"Sudah beberapa hari saya cuba menghadam bahawa wang simpanan saya telah hilang begitu sahaja. Atas dasar percaya. Orang yang rapat dengan saya tahu bagaimana saya sangat cermat soal duit," luahnya menerusi satu posting yang dimuatnaik di akaun Facebook miliknya @Masturah Abu Bakar pada Jumaat.

Menurut Masturah, tambah menyakitkan hati kerana individu berkenaan adalah kenalan kakak iparnya iaitu kakak kepada suaminya.

Wang simpanan lesap sekelip mata.

Bahkan sering kali mereka berjumpa bersama keluarga dan dari situlah bermulanya insiden malang yang menimpa Mastura dan suaminya akibat terlalu percayakan  lelaki berkenaan.

"Kami diperdaya. Penipu ini adalah kenalan kakak suami dan bakal menjadi ahli keluarga kami. Dia bukanlah orang yang kami tak kenali. Bahkan dah kerap kali berjumpa keluarga," katanya.

Tambah wanita ini, lelaki berkenaan menyamar sebagai pemilik tanah serta rumah yang dijanjikan untuk dijual kepada dia dan suami.

Jelas Masturah lagi, pada awal dia dan suami sudah mengesyaki sesuatu apabila lelaki berkenaan memintanya membayar wang pendahuluan sebanyak RM8,000 dimasukkan ke akaun peribadi milik lelaki itu.

Saya harus bermula semula. Dari kosong, dari tiada apa. Saya harus perah keringat saya. Korbankan masa dengan anak-anak. Mengharungi penat lelah berjuang mendapat rezeki yang halal. Doakan saya kuat

MASTURAH ABU BAKAR

Mangsa

Malah, bagi mengesahkan bahawa lelaki itu bukanlah seperti yang disangka, dia dan suami kemudiannya melakukan beberapa pencarian di Internet serta berjumpa ahli keluarga lelaki itu dan mereka mengesahkan dia bukan seorang penipu.

Ditambah pula dengan pujukkan kakak iparnya, Masturah akhirnya akur dan kemuadian dia serta suami membuat transaksi ke akaun lelaki tersebut.

"Sebelum buat transaksi, saya dengan suami semak nombor akaun di laman cyber crime dan nombor telefon melalui truecaller

"Saya juga buat carian di Facebook, Google dan semua tempat yang boleh mengesahkan tentang developer dan maklumat pemilik rumah, tetapi memang tiada," kongsi Mastura.

Tambah wanita ini lagi, atas rasa percaya terhadap lelaki berkenaan, dia telah melakukan transaksi sebanyak sembilan kali sehingga mencecah RM66,050 ke akaun peribadi lelaki itu.

Lelaki berkenaan yang merupakan kenalan kakak ipar mangsa.

Dia juga turut mendesak lelaki itu supaya utarakan resit pembayaran serta dokumen pembelian rumah tersebut, namun kata lelaki itu ia memerlukan masa yang lama.

"Setiap kali buat transaksi, saya desak kakak dan penipu tu tentang resit, acceptance letter... Eh takkan tak ada surat hitam putih? Saya pun ada buat bacaan bahawa perlu ada dokumen sebelum atau selepas transaksi. Proses membeli dari awal... Semuanya saya baca.

"Tapi penipu memang pandai putar belit. Dia kata masih dalam proses, nak beli rumah bukanlah seminggu dua prosesnya. Tambah lagi bila ada sokongan kakak yang juga telah terpedaya dengannya. Saya sabar, Walaupun sayalah orang yang paling marah. Tapi disebabkan nak jaga hubungan keluarga, saya masih bertahan," luahnya dengan kesal.

Namun jelas wanita ini, semuanya terjawab apabila dia menjumpai satu iklan tentang satu rumah untuk dijual yang dipapar di laman Facebook pada pagi Selasa lalu (5 November).

"Pagi tu saya sekali lagi buat carian di Facebook, saya taip nama taman tersebut. Maka Allah nak tunjuk, keluarlah iklan rumah untuk dijual termasuklah unit corner lot dan taman tersebut hanya ada satu unit rumah corner lot saja. Menggigil lutut saya masa tu dan tak tentu arah. Saya terus whatsapp suami yang sedang kerja," kongsinya.

Masturah kemudiannya, terus menghubungi agen hartanah yang tertera di iklan tersebut bagi mengesahkan identiti pemilik rumah tersebut.

Selain Masturah terdapat beberapa orang individu turut ditipu oleh lelaki ini.

Namun malangnya, dia diberitahu pemilik rumah tersebut adalah seorang lelaki berusia 50an dan bukanlah kenalan kakak iparnya.

"Terkejutnya saya bila diberitahu, pemilik rumah sebenar berumur 50an, sedangkan si penipu umurnya 32 tahun. Pemilik rumah call saya dan mengesahkan bahawa beliau ialah pemilik sebenar dan beliau menasihatkan kami supaya membuat laporan polis memandangkan kes ini ialah penyamaran dan penipuan.

"Allahuakbar. Saya dah ditipu. Jumlah pula bukan sedikit dan bukan senang untuk saya kumpul simpanan sebanyak itu yang memang saya siapkan untuk beli rumah. Betapa susahnya saya sebagai suri rumah, sambil menjaga anak-anak untuk struggle mengurus bisnes," luah wanita ini dengan kesal atas apa yang berlaku.

Tambah Masturah lagi, sebaik sahaja mengetahui perkara itu, dia dan suaminya membuat laporan polis berhubung kes penipuan serta penyamaran lelaki berkenaan pada Rabu lalu (6 November).

Nasihat Mastura menerusi posting tersebut.

Namun begitu di atas nasihat pegawai yang mengendali kes ini, dia dan suami telah berjumpa dengan lelaki berkenan dan meminta untuk memulangkan kembali wang tersebut.

Malah lelaki berkenaan berjanji untuk memulangkan semula kesemua wang mereka dan meminta tempoh selama tiga hari.

Namun jelas wanita ini lagi, sehingga hari ini lelaki itu masih tidak memulangkan wang tersebut.

"Mungkin tiada harapan. Maka saya berserah kepada Allah dan serah kepada polis untuk bertindak. Semangat saya hilang. Dunia saya kosong. Saya hanya kasihankan anak-anak dan terpaksa bangun dari kemurungan.

"Saya harus bermula semula. Dari kosong, dari tiada apa. Saya harus perah keringat saya. Mengorbankan masa dengan anak-anak. Mengharungi penat lelah berjuang mendapat rezeki yang halal. Doakan saya kuat," kata wanita ini.

duit , rumah , lelaki

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.