Sokong produk Malaysia, bekas wartawan bergelar peguam teruja lihat Perodua Kelisa dipandu mat salih di UK - “Apa yang saya buat, saya ingat asal usul” - Viral | mStar

Sokong produk Malaysia, bekas wartawan bergelar peguam teruja lihat Perodua Kelisa dipandu mat salih di UK - “Apa yang saya buat, saya ingat asal usul”

Posting Lisa mengenai Perodua Kelisa yang ditemui di UK menjadi tular di Twitter.

SEKIAN lama berkelana di United Kingdom (UK), apa sahaja perkara berkaitan Malaysia pastinya mencuri tumpuan anak kelahiran Kuala Lumpur ini.

Terbaharu, Lisa J. Ariffin, menerusi laman Twitter miliknya berkongsi keterujaannya melihat sebuah kereta Perodua Kelisa di negara dia bertugas selaku pengamal undang-undang.

"Rasa sangat bangga sebab nampak kereta buatan Malaysia kat sini. Memang jarang nampak dan pemandu tu bukan orang Malaysia tapi orang putih UK.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayat “when I was in...” bandingkan UK-Malaysia bikin ramai panas hati – “Lantaklah nak pergi mana pun... jangan downgrade negara sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Hajat tengok anak konvo terkubur selepas kena strok di UK, anak mohon bantuan bawa bapa balik Malaysia!

"Yang kedua, ia mengingatkan pada kereta Kelisa saya dulu. Walaupun kecil, ia sangat berguna untuk pemanduan jarak jauh.

"Tapi ini bukan kali pertama. Selama enam tahun di UK, ada nampak empat kali iaitu Proton Waja, Saga, Perodua MyVi dan Kelisa," ujarnya wanita berusia 30 tahun ini sewaktu dihubungi mStar.

Mesra disapa Lisa, dia merupakan seorang wartawan sebelum berpindah ke UK dan kini mengubah haluan kerjaya sebagai peguam di sana.

Selain kereta buatan Malaysia, Lisa juga sering menyokong produk-produk negara ini yang ditemui di sana.

Walaupun tinggal sini, hati saya masih untuk Malaysia. Apa yang saya buat, saya ingat asal usul saya.

LISA J. ARIFFIN

"Kalau nampak produk tempatan di UK, mesti kena beli dulu. Waktu tinggal di London dulu, ada banyak restoran Malaysia.

"Saya selalu ajak kawan-kawan makan sama dan mereka suka makanan Malaysia. Ada ramai kawan yang sukakan rendang.

"Sekarang di Kent tak ada restoran Malaysia. Jadi saya masak sendiri. Bila saya masak, ramai kawan nak datang makan. Bangga juga bawa masakan Malaysia ke UK," ujarnya lagi.

Lisa sewaktu majlis perkahwinannya September lalu.

Selain itu, Lisa juga turut menganjurkan rumah terbuka apabila sambutan Hari Raya dan Tahun Baharu Cina bagi memberi peluang buat rakan di sana merasai budaya Malaysia.

Antara juadah yang sering disediakan Lisa termasuk ayam masak merah, nasi lemak, nasi tomato, sate dan laksa.

Bercerita mengenai peralihan kerjayanya, Lisa mengakui pengalaman bertugas sebagai wartawan memberi inspirasi untuk dirinya menceburi bidang perundangan.

Posting Lisa yang tular di Twitter.

"Masa kerja wartawan dulu, selalu pergi mahkamah buat liputan kes dan jumpa ramai peguam. Dulu pun ada temubual eksklusif dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan saya mengagumi prinsip beliau.

"Dari situ minat law, kini saya mempunyai kelayakan di UK. Mungkin suatu hari nanti dengan pengalaman di sini, saya nak pulang bekerja di Malaysia untuk bantu orang, InsyaAllah.

"Walaupun tinggal sini, hati saya masih untuk Malaysia. Apa yang saya buat, saya ingat asal usul saya," ujarnya yang baru mendirikan rumah tangga di UK pada September lalu.

Dalam pada itu, posting Lisa di Twitter mengenai keterujaannya melihat Perodua Kelisa di UK sehingga kini menerima lebih 2,100 ulang kicau (Retweet).

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain