Lelaki misteri muncul selepas 2 jam termenung, terkejut kereta remuk macam dilenyek ‘tanker’ – “Menggeletar, aku fikir hidup ke mati... mungkin ini peluang kedua” - Viral | mStar

Lelaki misteri muncul selepas 2 jam termenung, terkejut kereta remuk macam dilenyek ‘tanker’ – “Menggeletar, aku fikir hidup ke mati... mungkin ini peluang kedua”

Keadaan kereta yang dipandu Iman remuk selepas terbabit dalam kemalangan. Iman bagaimanapun terselamat dalam nahas itu. Foto Twitter hlmndzkr

BERPANTANG maut sebelum ajal, seorang pemuda terselamat dalam kemalangan jalan raya, tetapi keadaan keretanya yang remuk boleh diibaratkan seperti ‘mati hidup semula’.

Tanpa mendedahkan bila nahas berlaku, pemuda yang hanya dikenali sebagai Iman itu berkongsi pengalamannya itu semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Putrajaya kira-kira pukul 7 pagi.

Menurut Iman, kerjanya banyak menggunakan kereta dan sering tidak cukup rehat kerana keluar rumah dari pukul 9 pagi dan hanya pulang pada pukul 4 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Hantar rakan baru kematian bapa akibat kemalangan, pelajar rempuh pokok dalam perjalanan pulang... besar ujian untuknya, kereta sewa remuk teruk!

ARTIKEL BERKAITAN: “Berapa kali dia nak kena marah?” - Vellfire remuk dihentam, pemiliknya ada alasan sendiri ajak pemandu lori lepak mamak

“Hari-hari tak cukup tidur. Tapi Allah anugerahkan aku mata tahan lama, syukur. Selama ini aku memandu selamba je takda hal punya tapi satu hari ni aku rasa lain sikit.

“Aku tak fikir negatif lagi masa tu, sampai la satu selekoh ni aku rasa lain macam... mata aku terlelap. Aku buka je mata kereta aku hancur, total lost!” menerusi perkongsiannya di laman Twitter @hlmndzkr.

Lokasi kejadian di mana Iman nyaris merempuh pokok selepas terbabas ke tepi jalan.

Gara-gara terlelap seketika atau micro sleep, kereta Kancil warna putih yang dipandu Iman terbabas ke tepi jalan dan nyaris merempuh pokok, mengakibatkan bahagian hadapannya remuk.

Sehingga kini, Iman masih terfikir bagaimana dia boleh mengelak daripada merempuh pokok dan tidak tercampak keluar kerana tidak memakai tali pinggang keledar.

“Masa aku sedar kereta aku dah hancur memang tak boleh buat apa. Cermin depan dan belakang pecah, aku tak pakai seat belt... nasib tak tercampak. 

“Aku keluar dari kereta duduk termenung bercangkung kat luar tengok kereta. Lama termenung seorang dekat dua jam... pelik masa tu tak ada seorang pun yang berhenti,” katanya sambil menambah telefonnya musnah dalam kemalangan itu.

Tiada seorang pun yang berhenti selepas cuba menahan bagi mendapatkan bantuan, seolah-olah tidak nampak kehadirannya, sehingga muncul seorang lelaki yang memberhentikan kenderaannya sebelum meminjam telefon untuk menghubungi abangnya.

“Dia terkejut sebab aku tak cedera tapi kereta macam kena lenyek dengan tanker askar. (Aku cakap) ‘Kuasa Allah ni bang. Dia bagi saya peluang lagi nak banggakan mak bapa saya’.

“Padahal menggeletar satu badan ni sebab takut. Dalam kepala asyik fikir je ‘aku ni hidup ke mati’. Sampai macam tu sekali aku fikir sebab tak ada siapa nampak aku, cuma hamba Allah ni je,” katanya sambil menambah kehadiran lelaki itu menimbulkan tanda tanya.

Perkongsian Iman mengenai pengalaman nyaris maut dalam kemalangan.

Sebelum beredar, lelaki berkenaan sempat meninggalkan pesan buat Iman berdasarkan pengalaman yang pernah dialaminya.

“Aku pernah muda macam kau dan aku tahu apa yang kau rasa. Aku dah pernah lalui, tapi kau kena ingat kau ni hidup dekat bumi yang sifatnya sementara. Kau ni kira untung sebab Allah bagi kau sedar awal.

“Kalau Allah tak sayang kau mungkin dia tak bagi kau peluang untuk kau perbaiki diri dan banggakan mak bapa kau. Sekarang ni dah kena kat batang hidung sendiri jadi kau ubahlah perangai. Jadilah orang yang berguna di dunia dan akhirat,” ujar lelaki itu.

Sembilan daripada 10 orang cakap aku mati. Inilah sebabnya aku berubah jadi selembut-lembutnya. Betul kata orang tua ‘Jangan sampai Tuhan tu tunjuk dekat kau maha kuasaNya’.

IMAN

Kata-kata lelaki misteri membuatkan meremang bulu roma Iman, dan mereka berpeluk sebelum individu tersebut bercakap ‘Allah sayang kau’ sebelum menyambung perjalanan, dan abangnya tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Di hospital, kata Iman, semua doktor dan jururawat terkejut kerana tiada kecederaan parah melainkan kesan calar pada bahagian belakang badan.

“Doktor tu tekan sini tekan sana macam tak ada apa je. Nak bagi ubat pun serba salah, cuma cuci luka aku kat belakang badan,” ujarnya.

Sebahagian warganet yang turut berkongsi pengalaman mereka terselamat dalam kemalangan.

Mempunyai pengalaman pahit mengalami tekanan perasaan selepas berpisah dengan teman wanita, Iman mengakui pernah menjadi seorang yang panas baran sehingga hilang pertimbangan.

“Sembilan daripada 10 orang cakap aku mati. Inilah sebabnya aku berubah jadi selembut-lembutnya. Betul kata orang tua ‘Jangan sampai Tuhan tu tunjuk dekat kau maha kuasaNya’.

“Masa kejadian dalam kepala aku ingat mati je tapi realiti aku hidup. Allah beri peluang untuk aku ubah semua dalam hidup aku.

“Tak susah nak jadi jahat tak senang nak jadi baik. Ambillah masa anda selagi diberi peluang bernafas untuk buat kebaikan dan ikut perintahNya, insyaAllah,” katanya.

tanker , remuk , Kancil , micro sleep , Iman

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain