suria

“Kau tak payah nak kurus bagai, bersihkan muka... itu saja” - Gadis anggap kawan lelaki gurau kasar, memalukan dirinya ‘bebal’

Bukan sekali tetapi banyak kali, Hanis akhirnya sabar terima ejekan rakan.

"BURUK benor muka kau tu! Hanis, kau sebenarnya dah tak payah nak kurus bagai. Bersihkan muka anda... Itu saja okay".

Antara ejekan yang diterima oleh seorang gadis gara-gara kulit mukanya berjerawat serta memiliki tubuh yang gempal.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ehh, banyak bulu kat tangan... syok ni” - Gadis misai down asyik dihina, tergamak pemuda minta RM10 nak padam tweet body shaming!

"Mana perginya hati dan perasaan? Hinggakan sanggup menghina rupa, wajah dan bentuk badan aku.! Bukan aku tak cuba pakai skincare... Haha cuma itulah, aku terburuk sikit saja," luah gadis berkenaan.

Menurut Hanis Syahira Sapawi, dia sedikit terkilan apabila terdapat segelintir individu menjadikan rupa fizikalnya sebagai bahan gurauan atau body shaming.

Ejekan yang diterima oleh gadis ini.

"Sebenarnya benda ni dah lama saya simpan sampaikan rasa nak marah. Tapi bila fikirkan dia kawan saya dan boleh dikira rapat juga itu yang buatkan saya diam pada mulanya.

"Tapi makin lama, makin teruk dia mengejek. Ye betul memang saya tak kisah dan bukan jenis yang hati tisu. Tapi bila dah banyak kali dia kutuk macam ni, saya jadi sakit hatilah," katanya ketika dihubungi mStar.

Gara-gara hilang sabar, Hanis kemudiannya mengambil tindakan dengan memuat naik satu posting di akaun Twitter miliknya pada Selasa dengan niat untuk berkongsi pengalaman, selain memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu ini.

"Bukan niat saya memuatnaik posting tersebut untuk undang kecaman pada dia. Tapi hanya untuk tunjuk dan bagi kesedaran kepada orang ramai supaya mereka lebih aware dengan benda-benda sensitif macam ni. Kadang-kadang kata-kata dan gurauan tu boleh sakitkan hati orang," ujar gadis berusia 17 tahun ini.

Jelas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas, Skudai, Johor, ini lelaki berkenaan bukanlah rakan sekolahnya dan hanya mengenali lelaki itu ketika menyertai satu program luar sekolah.

Pernah juga tegur, tapi secara umum cakap 'perempuan ni sensitif'. Tapi entahlah mungkin dia jenis yang bebal sangat sampai tak boleh nak faham maksud tu.

HANIS SYAHIRA SAPAWI

Pelajar

Namun begitu, hubungan mereka boleh dikatakan akrab kerana sering berhubung.

"Tipulah kalau saya cakap tak sakit hati dan sebab fikirkan dia tu kawanlah saya tutup mata, saya okay. Tapi bila dibiar makin menjadi-jadi, makin melampau hinggakan saya rasa hilang keyakinan diri.

"Dia sebenarnya seorang lelaki baik tapi perangai dia tu suka bergurau tak kena tempat. Even depan-depan pun dia selalu kutuk 'buruk, gemuk' macam tu. 

"Saya pun tak tahulah mungkin juga dia rasa selesa dengan saya dan dia fikir saya ni jenis tak kisah sebab itu dia berani cakap macam tu," kongsi Hanis lagi.

Kata anak sulung daripada empat adik beradik ini, gara-gara ejekan serta teguran 'memalukan' itu menyebabkan dirinya tertekan hingga hilang keyakinan diri untuk berdepan orang ramai.

Namun, dengan sikap positif yang tinggi dalam diri gadis ini, dia akhirnya hanya mengabaikan ejekan dan kata-kata negatif yang diterimanya.

Bukan sekali tapi sudah berkali-kali diejek namun Hanis sabar.

"Selalu juga rasa down, tapi saya ni jenis yang tak layan... tolak tepi, ambil yang positif saja. Kadang-kadang kalau terasa sangat saya akan diamkan diri, tak layan dia.

"Pernah juga tegur, tapi secara umum cakap 'perempuan ni sensitif, tak boleh bergurau. Nak pula pasal muka ke badan ke'. Tapi entahlah mungkin dia jenis yang bebal sangat sampai tak boleh nak faham maksud tu," luahnya.

Tambah pelajar ini, dia mula mengalami masalah kulit muka sensitif sejak di tingkatan tiga apabila tersalah memilih produk muka.

"Masalah kulit muka ni jadi sejak umur 15 tahun sebab salah pakai produk. Dan dari situlah mula breakout, berjerawat... sensitif semua. Tapi Alhamdulillah tak adalah sampai bernanah.

"Sekarang ni pun tengah dalam proses nak baik. Mungkin juga sebab perubahan hormon, biasalah perempuan," kata Hanis.

Kiriman daripada salah seorang netizen menerusi ruangan komen.

Kongsi gadis ini, dek kerana tertekan dengan teguran daripada rakan-rakannya dia turut mencuba pelbagai jenis produk muka bagi merawat masalah kulit yang dihadapinya.

"Disebabkan selalu kena tegur, kena ejek dengan kawan-kawan, macam-macam jenis produk saya cuba. Sampaikan ubat gigi pun saya letakkan kat muka, tapi tak ada kesan," katanya.

Walaupun begitu, Hanis bersyukur kerana rata-rata netizen memberikan respons yang positif serta mendoakan yang terbaik buatnya.

Malah dia juga berharap agar isu seperti ini tidak akan berulang, selain turut menasihati individu berkenaan supaya lebih berwaspada serta berfikir dahulu sebelum berkata sesuatu kerana mungkin akan mengguris hati orang lain.

Kata-kata postif daripada netizen.

"Bagi saya benda ni sebenarnya tak perlu sampai nak tegur-tegur, sebab kita pun tak tahu orang tu boleh tahan atau tidak tapi kena ingatlah ada tahapnya juga kalau nak bergurau.

"Satu saja perlu ingat isu body shaming ni bukan asing lagi dalam kalangan masyarakat kini. Dan kalau kita tengok benda ni boleh bawa kepada depresi... buat orang tu hilang keyakinan. Jadi tak ada yang bagus pun kalau nak tegur sampai memalukan orang," katanya dengan tegas.

Selain itu, terdapat juga seorang netizen berkongsi kisahnya di ruang komen pada posting tersebut.

"Saya pun selalu kena macam ni. Kadang tu dekat sekolah, semua kawan-kawan dia gelak. Kita pun gelak jelah walaupun terasa, rasa insecure sangat, takda keyakinan nak buat apa-apa.

"Dah la gemuk, macam mak orang... tak flawless, tak putih. Tengok cermin pun benci! Apa-apa pun kuatkan diri, awak cantik!" kata salah seorang netizen.

Posting Hanis Syahira menjadi tular di Twitter dengan meraih kira-kira 4,500 ulang kicau dan 5,100 tanda suka.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
ejek, gadis, rupa

Artikel Lain