suria

Cleopatra dakwa pernah jadi mangsa keganasan rumah tangga, bekas suami tampil pertahan diri - “Maaflah... abam ni orang kampung”

Posting Cleopatra mendakwa pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga tular di media sosial.

SELEPAS kisahnya tular gara-gara dituduh transgender, wanita dikenali sebagai Cleopatra sekali lagi menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Cleopatra menerusi satu posting di Instagramnya mendakwa pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga tiga tahun lalu.

"Setiap wanita mengimpikan perkahwinan yang bahagia kerana menjadi seorang isteri adalah anugerah yang begitu indah. Namun tidak semua impian itu menjadi realiti.

"Keganasan rumahtangga boleh merubah sebuah perkahwinan menjadi mimpi ngeri dan penjara abadi yang penuh penyeksaan. Ianya bagaikan penderitaan yang tidak bertepi tetapi terlalu peribadi dan sukar dikongsi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Stop fitnah dia, biarlah dia dengan dunia glamor” – Lelaki perjelas jantina individu tular bergambar dengan Syed Saddiq

ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai guna perkataan pondan” - Syed Saddiq nafi setiausaha transgender, ajak fokus isu rakyat

"Hanya yang pernah melalui detik hitam ini akan memahami. Saya percaya ramai wanita di luar sana yang pernah atau sedang mengalami masalah ini," katanya.

Jelas wanita itu lagi, masalah itu suatu ketika dulu merupakan ujian paling getir dalam kehidupannya.

Surat laporan doktor berkaitan keadaan Cleopatra.

"Bukan bertujuan membuka pekung di dada tetapi mungkin dengan perkongsian ini dapat menjadi inspirasi dan menjernihkan nama yang tercalar.

"Isu ini saya paparkan di sini setelah menerima banyak permintaan daripada wanita-wanita teraniaya yang dahagakan keadilan. Pada sahabat wanita yang saya kasihi sekalian. Mari bangkit bersama.

"Usah diizinkan diri dan maruah terus dipijak si dia yang zalim dan kejam. Anda terlalu istimewa dan berharga. Anda tidak sendiri. Ramai yang akan menyokong dan bersedia membantu," katanya.

Malah Cleopatra berkata isu tersebut akan diperjuangkan dalam karier politiknya.

"Hak ibu seperti saya dan anak-anak yang tidak kenal erti munafik manusia.Isu kaum hawa yang ditindas dan perlukan pembelaan. Isu keganasan domestik.

"InsyaAllah perjuangan yang bukan sekadar kata-kata. Semoga perjuangan saya dipermudahkan dan mendapat keberkatan Ilahi. Dengan Izin. Saya Cleo bersama anda wanita teraniaya. Itu ikrar saya," katanya.

Dalam postingnya itu, Cleopatra turut memuat naik dua salinan laporan doktor mengenai kecederaan dialaminya akibat dikasari suaminya pada 2016.

Cleopatra bersama kereta Audi berwarna merah jambu miliknya.

Menurut laporan itu, Cleopatra mendakwa dikasari suaminya kira-kira pukul 4 petang pada 20 Disember 2016 di kediaman mereka di Ampang.

Namun seorang pemuda dikenali sebagai Nasir Yaacob dipercayai bekas suami kepada Cleopatra atau nama sebenarnya, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin tampil mempertahankan dirinya menerusi Facebooknya.

Usahawan bergelar datuk itu menafikan dakwaan bekas isterinya itu.

"Make up buat macam lebam-lebam, pastu buat medical check up guna kawan doktor yang boleh kawtim. Pakai kertas A4 2 helai... tak yah letterhead... pastu kata mangsa keganasan rumah tangga.

Maaflah... abam ni orang kampung. Masa jadi isteri abam dulu elok je bertudung. Sekarang dah londeh semua. Kejap kata politician, kejap kata businesswomen, kejap kata public figure... dah macam sesumpah... tukar-tukar.

NASIR YAACOB.

Bekas suami Cleopatra.

"Buat laporan palsu... IO suruh buat medical check up kat hospital kerajaan tak berani pun. Dah bolot segala harta memanglah ditu. Audi R8 pun dah dapat kan.

"Siapa yang bagi tu kalau bukan yang buruk hina ni. Sekarang sakan berdiri atas kereta posing bagai pontianak. Lupa ke siapa yang belikan kereta pink yang dibanggakan sangat tu?" soalnya.

Menurut Nasir lagi, posting itu bertujuan untuk menjelaskan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Nasir menafikan dakwaan itu menerusi satu posting di Facebook.

"Maaflah... abam ni orang kampung. Masa jadi isteri abam dulu elok je bertudung. Sekarang dah londeh semua. Kejap kata politician, kejap kata businesswomen, kejap kata public figure... dah macam sesumpah... tukar-tukar.

"Abam hanya nak clear out this s*** saja... kalau tak fitnah abam, abam tak kan cakap benda ni. Even masa kecoh dulu, abam siap buat statement kata dia adalah seorang wanita yang baik sebab abam taknak burukkan.

"Abam nak wangikan nama dia. Tapi apa yang abam dapat? Dapat SMS kata jangan campur urusan dia. Takpe abang anggap itu ucapan terima kasih kerana menyelamatkan maruah dia. Now dok sibuk tabur fitnah macam-macam kat abam... Memang eloklah abam ceraikan.

"Banyak lagi perempuan yang jauh lebih baik. Abam tau Allah ada perancangan yang lebih baik untuk abam. Abam dah banyak sabar, dah maafkan walaupun segala harta dah kena bolot. Abam dah move on... tetapi kenapa nak kacau dan fitnah hidup abam?" soalnya.

Terdahulu, usahawan berusia 46 tahun itu tampil bersuara selepas netizen salah faham mengenai identiti bekas isterinya itu.

"Perempuan viral dengan Syed Saddiq itu bekas isteri saya. Dia perempuan tulen bukan transgender. Dia ibu kepada dua anak saya. So please (Jadi tolong) hentikan fitnah dia’, katanya.

Cleopatra didakwa transgender selepas video menunjukkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman mengadakan pertemuan dengan wanita cantik itu tular di media sosial.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain