suria

“Saya jadi takut dengan dia” - Gadis risau dapat tahu tunang yang dianggap baik, tak pernah bersentuhan ‘layan’ porno... mahu jauhkan diri

Menurut gadis itu, tunangnya ada melayari laman web lucah menerusi telefon bimbit. (Gambar Hiasan)

"SAYA tak boleh terima benda ni," demikian kata seorang gadis berhubung tunangnya yang kantoi suka menonton video lucah.

Luahan gadis keliru itu disiarkan menerusi laman Twitter @TwtJodoh sehingga menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi netizen.

Menurut gadis itu, tunangnya cukup baik dan tidak pernah mengambil kesempatan sepanjang tujuh tahun mereka berkenalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya akui ia memang menjatuhkan maruah guru” - Youtuber Alieff Irfan menyesal buat video kisah lucah ala Cikgu Suraya

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video anggota polis usia 55 tahun Skype tak senonoh dengan awek Filipina

"Dia tak pernah ambil kesempatan kat saya dan kami memang tak pernah bersentuhan mahupun bercakap tentang perkara yang tak elok.

"Tapi hari tu saya pinjam telefon dia sekejap. Nak pinjam Google, lepas tu saya tengok history kat Google dia, banyak website porn.

"Selalu juga saya periksa dia punya history. Dia jarang buka website tu. Sebulan sekali dua macam tu la. Tapi saya terkejut sangat bila tahu," ujarnya.

Sebahagian posting itu yang dimuat naik di Twitter.

Gadis itu turut buntu dan meminta netizen memberi pencerahan kenapa lelaki suka menonton video lucah.

Malah, dia yang bekerja di bawah satu bumbung dengan tunangnya mengakui mula takut dengan lelaki itu.

"Saya jadi takut dengan dia bila saya tahu benda ni. Hari-hari memang jumpa kat pejabat.

Dia kata itu cara lelaki untuk lepaskan nafsu. Kenapa perempuan sendiri yang nak labelkan diri sebagai bahan seks lelaki.

NITA

"Tapi saya tak pakai seksi pun. Baju-baju saya memang longgar, tudung saya pun tutup dada. Tapi kenapa ya dia macam tu?

"Bodoh ke saya kalau jauhkan diri dari dia. Tolong saya," kata gadis itu lagi.

Menurut seorang netizen yang memberikan pendapatnya mengenai isu itu, dia mengakui risau melihat komen-komen kaum adam yang menyifatkan pornografi sebagai perkara normal.

Hanya ingin dikenali sebagai Nita, dia yang bekerja dalam bidang pembinaan memberi saranan agar gadis malang itu bersemuka dan membantu tunangnya agar dapat meninggalkan ketagihan tersebut.

Sesetengah netizen mengakui menonton video lucah merupakan perlakuan normal lelaki.

"Nasihat saya, jika ada orang sekeliling terjebak dengan porno, sama-sama kita bantu. Kalau bukan kita siapa lagi nak bantu?

"Benda ni memang malu tapi ia perlu dibendung. Banyak kesan buruknya. Saya tengok ada perempuan sendiri yang komen kata benda tu normal.

"Dia kata itu cara lelaki untuk lepaskan nafsu. Kenapa perempuan sendiri yang nak labelkan diri sebagai bahan seks lelaki?

"Pada saya, kena face to face dengan orang tu, tanya dan tolong dia. Sejujurnya saya tak rasa pornografi tu benda normal," katanya lagi.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
pornografi, video lucah, tunang, nafsu

Artikel Lain