suria

“Saya akui ia memang menjatuhkan maruah guru” - Youtuber Alieff Irfan menyesal buat video kisah lucah ala Cikgu Suraya

Video terbaharu yang dihasilkan Alieff mengundang kecaman ramai.

VIDEO terbaharu personaliti Youtube Kelantan, Alieff Irfan yang didakwa memaparkan unsur seksual mengundang kecaman ramai.

Alieff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Irfan Aziki sewaktu dihubungi mStar pada Rabu mengakui silapnya kerana menghasilkan video tersebut.

"Tentang tu, saya akui salah saya. Video tu pun sudah dipadam di Facebook dan Youtube sekitar pukul 6 petang Selasa.

"Kali ni, bila saya tengok balik, saya nampak salah saya dan tak sepatutnya ia dibuat. Saya akui ia memang menjatuhkan maruah guru.

"Rasa bersalah walaupun ia cerita rekaan semata-mata, sebab ia bawa pengaruh buruk," ujar Alieff.

ARTIKEL BERKAITAN: Personaliti Yotube dituduh tunjuk 'buruk' Kelantan, malukan negeri sendiri hasilkan video mat rempit

ARTIKEL BERKAITAN: Alieff Irfan mampu beli kereta, menggaji 8 pekerja kerana 1 juta pelanggan YouTube

Tambah Alieff, dia nekad untuk memperbaiki mutu penghasilan video pada masa akan datang agar ia dapat memberi impak positif kepada masyarakat.

Malah, dia juga menetapkan setiap pelakon dalam video akan datang yang dihasilkan produksinya perlu menutup aurat dan berpakaian sopan.

"Video seterusnya saya akan terapkan unsur motivasi untuk berjaya. Bagi nilai murni dan pengajaran.

Video ini bagaimanapun sudah dipadam dari Facebook dan Youtube.

"Untuk video akan datang juga, tak ada lagi talent tak bertudung. Pakaian juga kena sopan dan longgar.

"Ada budak-budak yang kata mereka idolakan saya. Tapi bila saya buat video ni, emosi mereka dan ibu bapa terganggu. Mak ayah tak bagi mereka tengok video saya.

"Ia buka mata saya bahawa benda ni bawa pengaruh buruk dan saya akan perbaiki pada masa akan datang," katanya lagi.

Video berkenaan yang berjudul Special Armed Force (SAF) X Jasmine Suraya memaparkan kisah seorang murid dan guru wanita dikenali sebagai Cikgu Suraya.

Malah, ia seolah-olah mengadaptasi cerpen lucah Cikgu Suraya yang pernah popular suatu masa dahulu.

Tentang tu, saya akui salah saya. Video tu pun sudah dipadam di Facebook dan Youtube sekitar pukul 6 petang Selasa.

ALIEFF IRFAN

PERSONALITI YOUTUBE

Namun kata Alieff, ia sebenarnya diinspirasikan daripada filem Paskal yang mana ia dihasilkan dengan plot twist adaptasi cerpen berkenaan.

Dalam pada itu, ramai pengguna media sosial turut meluahkan rasa kurang senang mereka atas penghasilan karya berkenaan.

Selain disifatkan memalukan orang Kelantan, Alieff juga didakwa banyak memaparkan unsur soft porn dan sexual grooming dalam video yang dihasilkannya.

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook, Mohd Fadhli Othman menyifatkan video berkenaan merosakkan kerjaya seorang pendidik.

"Guru sepatutnya memberi contoh yang baik bukan menjadikan guru itu sebagai simbol seks? Penggunaan watak cikgu telah memberi impak kotor kepada kerjaya guru.

Alieff merupakan personaliti Youtube terkenal dari Kelantan.

"Ternyata Alieff Irfan telah menghina manusia yang bernama cikgu! Ayuh orang Kelantan buka mata bersama dan kita basmi bersama.

"Video-video sebegini akan menarik minat kanak-kanak seterusnya akan membawa kepada kancah Pornography Addiction," tulisnya.

Menerusi video yang sudah dipadam itu, ia memaparkan Alieff yang berlakon sebagai seorang murid.

Motosikal dinaikinya rosak sewaktu melalui rumah gurunya, Cikgu Suraya sebelum dia dipelawa masuk.

Babak seterusnya memaparkan dia secara tidak sengaja melihat gurunya di dalam bilik tidur sebelum mereka melakukan aksi mesra dan mereka kemudian diserbu pasukan bersenjata.

Video itu berakhir di situ dan ia sepatutnya mempunyai empat lagi episod sambungan.

Namun kata Alieff, dia tidak pasti sama ada mahu membuat rakaman semula dengan jalan cerita baharu atau membatalkan keseluruhan kisah berkenaan.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain