suria

Personaliti Yotube dituduh tunjuk 'buruk' Kelantan, malukan negeri sendiri hasilkan video mat rempit

Walaupun teruk dikecam, Alieff tetap berterima kasih kepada individu-individu yang menyokong kerjayanya sejak dahulu hingga kini.

VIDEO terbaharu yang dihasilkan personaliti Youtube dari Kelantan, Alieff Irfan menjadi bualan hangat apabila ia dianggap memalukan negeri kelahirannya sendiri.

Video berjudul Mat Rempit V2 - Episod 1 itu bukan sahaja dikecam menerusi ruangan komen di platform Youtube malah turut menerima tempias negatif di Facebook dan Instagram.

Alieff atau nama sebenar Muhammad Aliff Irfan Aziki berkata, dia sebagai penyedia kandungan (content creator) hanya mahu memberikan yang terbaik untuk masyarakat di luar sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Alieff Irfan mampu beli kereta, menggaji 8 pekerja kerana 1 juta pelanggan YouTube

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dari Kelantan tak disukai keluarga sanggup 'basuh berak' bapa mertua, kini tiap minggu nak menantu balik... “Orang cakap jangan benci keterlaluan”

"Saya nak video tu sampai kepada masyarakat. Nak hasilkan sesuatu di luar kemampuan saya.

Antara adegan yang dikecam netizen.

"Mungkin mereka fikir adegan khayal dalam rumah serta membonceng motor memalukan negeri Kelantan. Memang itu realiti sebenar mat rempit. Kalau tak ada, tak jadi cerita pula.

"Ia sama sahaja dengan dengan drama atau filem. Yang bezanya mereka tak boleh komen. Tapi di Facebook dan Youtube, orang boleh komen," katanya sewaktu dihubungi mStar.

Paling teruk, ada orang cakap siksa ayah saya dalam kubur sebab ada anak macam ni. Benda tu bagi saya melampau, tak jaga sensitiviti.

ALIEFF IRFAN

Kata jejaka berusia 22 tahun itu, dia menerima dengan positif kecaman yang dilemparkan kepadanya.

Malah, dia juga tidak gemar membaca komen-komen bersifat jahat kerana bimbang ia akan mematahkan semangatnya.

"Orang nak cakap apa, saya terima sahaja. Tapi saya tak tengok sangat komen, takut moral 'down'. Sebagai manusia biasa, saya ada hati dan perasaan.

"Kalau nak tegur, tegurlah dengan nasihat, bukan hina atau keji. Ada juga yang hina saya, tapi bila jumpa kat luar, minta nak bergambar.

"Paling teruk, ada orang cakap siksa ayah saya dalam kubur sebab ada anak macam ni. Benda tu bagi saya melampau, tak jaga sensitiviti," ujarnya lagi.

Mengulas penghasilan video Mat Rempit V2 - Episod 1 yang dikecam ramai itu, Alieff berkata netizen perlu menonton keseluruhan 10 episod memandangkan banyak pengajaran yang cuba disampaikan menerusi karya itu.

Malah, Alieff juga tidak kisah apabila ada yang membandingkan dirinya dengan content creator yang lain.

Antara komen yang dilemparkan kepada jejaka berusia 22 tahun itu.

"Setiap content creator ada perbezaan masing-masing. Macam saya, saya suka buat sesuatu yang mencabar diri.

"Saya pentingkan kualiti, walaupun susah dan habis modal banyak, sekurang-kurangnya saya puas hati," katanya.

Alieff turut berterima kasih kepada mana-mana individu yang sentiasa menyokong kerjayanya sejak dua tahun lalu.

Sehingga kini, video berkenaan menerima lebih 200,000 tontonan di Youtube.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain