Depan mata! Wanita tergamam, benda hitam muncul selepas setahun kejadian pak guard gantung diri, “Suami cakap warna putih” - Viral | mStar

Depan mata! Wanita tergamam, benda hitam muncul selepas setahun kejadian pak guard gantung diri, “Suami cakap warna putih”

Norreen berkongsi video penampakannya dengan netizen di Twitter dan InstaStorynya awal pagi Khamis lalu.

PERKONGSIAN kisah mistik ternyata lebih menarik dengan adanya bukti berbentuk rakaman video.

Malah setiap kali timbulnya video baharu, ia pasti menjadi tular dalam kalangan netizen.

Terbaharu, video penampakan entiti misteri di tingkat 9 sebuah kondominium di Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur heboh diperkatakan netizen.

Video yang merakam penampakan entiti berwarna hitam, tinggi dan kelihatan seolah-olah menggantung diri dikongsi Norreen Iman di Twitternya.

”Live update. Aku tak tau aku nampak apa. Ke mata aku yang salah. Dah lama aku tenung rumah orang tu. Tak pernah pulak aku tengok macam ni. Apakah? Debor dah ni," tulisnya.

Posting Norreen tular di Twitter.

Perkongsian tersebut mendapat 5,700 ulang kicau dan dan 5,100 tanda suka.

Norreen ketika dihubungi mStar memberitahu kejadian berlaku pada awal pagi Khamis lalu di sebuah unit kondominium tingkat 9 yang didiami sekumpulan pekerja warga asing.

”Masa tu tengah makan durian sambil tengok IG. Anak saya dah terlelap sebab waktu tu pukul 1.30 pagi. Sudahnya saya seorang je tengok tv dan kebetulan kerusi saya menghadap ke tingkap.

“Jadi memang nampaklah rumah didiami security guard, Bangladesh. Kadang-kadang nampak juga mereka bertenggek tengah hisap rokok. Tapi malam tu nampak  bentuk pelik ada dekat balkoni.

Penampakan intiti dalam gambar yang dibulatkan.

“Lepas tu saya tengok dulu kat tingkap takut tersalah nampak ke. Tak lama kemudian barulah saya record. Bila saya suruh husband tengok dia cakap itu baju nampak warna putih. Tapi apa yang saya nampak warna hitam," katanya.

Dek kerana tidak pasti entiti yang dilihatnya dengan mata kasar, ibu kepada dua anak itu berkongsi live update rakaman mengenai penampakan itu di Twitter dan juga Insta Storynya.

“Disebabkan jarak rumah saya dengan rumah tersebut agak jauh, jadi saya guna Story Instagram. Bila saya zoom saya tengok macam ada kepala lekat kat dinding.

“Saya dah seram sejuk waktu tu. Jadi saya pun post live update dekat Twitter. Ada juga orang tolong bulatkan. Lepas tu ada orang lain pun beritahu mereka boleh nampak apa yang saya nampak.

“Mereka nampak macam orang gantung diri. Mula-mula tak nampak sangat bentuk entiti tu. Saya hanya bayangkan nenek kebayan atau penanggal. Apa yang pasti malam tu bentuk yang saya nampak agak pelik," katanya.

    Bila selfie malam-malam kita akan guna flash. Tapi ada satu gambar pelik macam ada mata besar dekat suami saya.

NORREEN IMAN


Selepas menyedari entiti itu seolah-olah seperti orang menggantung diri, fikiran Norreen terus teringat kes bunuh diri seorang pengawal keselamatan di kondominium tersebut.

“Bila orang lain perasan bentuk penampakan tu macam orang gantung diri barulah saya teringat ada kes security guard gantung diri di tangga tingkat 10 tahun lepas.

“Mak cik cleaner pernah beritahu guard tu cuba lompat dari tingkat 9 tapi berjaya ditarik guard lain. Tapi akhirnya dia gantung diri dekat tangga. Memang meremang setiap kali lalu tangga tu.

“Ada juga penduduk yang tinggal dekat Blok A beritahu bapa dia selalu nampak entiti misteri di tempat yang sama dulu-dulu. Sekarang dah tak nampak tapi tak sangka saya pula yang nampak kali ni," katanya.

Bagaimanapun wanita berusia 25 tahun itu berkata ini bukan kali pertama dia berdepan situasi seperti itu.

Mesej dihantar salah seorang penghuni yang tinggal di kawasan sama dengan Norreen.

“Ini kira pengalaman kedua saya. Sebelum ini saya pernah nampak mata merah besar dalam rumah tahun lepas. Saya ni jenis tidur lambat. Masa tu saya nak masuk tidur pukul 4 pagi.

”Sebelum tidur saya suka main Insta Story. Saya tangkap gambar. Bila selfie malam-malam kita akan guna flash. Tapi ada satu gambar pelik macam ada mata besar dekat suami saya.

”Saya cuma record dari kamera depan zoom ke belakang. Saya tak berani nak pusing. Saya kejut-kejut suami saya tapi dia tak bangun-bangun. Saya nangis-nangis dalam Insta Story tu sampailah benda tu tiba-tiba hilang," katanya.

Norreen yang berasal dari Kuala Lumpur bagaimanapun berkata tiada perkara aneh berlaku susulan kejadian misteri itu.

“Lepas insiden tu saya terus basuh kaki, tangan semua dan baca doa. Kemudian barulah saya boleh terlelap. Takut juga sebab ada anak kecil dekat rumah.

“Tapi Alhamdulillah tiada perkara aneh berlaku. Saya fikir positiflah. Kadang-kadang kita fikir sangat dan mungkin semuanya itu hanya mainan perasaan kita," katanya.

gantung diri , pak guard , kondominium , entiti , mistik

Artikel Lain