suria

Isteri dari Kelantan tak disukai keluarga sanggup 'basuh berak' bapa mertua, kini tiap minggu nak menantu balik... “Orang cakap jangan benci keterlaluan”

Perkongsian lelaki itu mengenai isterinya yang berasal dari Kelantan menjadi tular di Twitter. (Gambar Hiasan: Newshub)

ADA ketikanya sifat kenegerian yang menebal mewujudkan suasana kurang harmoni dalam kalangan masyarakat kita.

Malah, ada yang menghakimi penduduk sesebuah negeri secara pukul rata dan perkara itu jelas dapat dilihat menerusi sindiran demi sindiran di media sosial.

Di Twitter pula, seorang lelaki berkongsi kisah sama bagi membuka mata masyarakat mengenai perilaku itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mertua tak suka Kelantan alasan putus, bekas awek syak lain, “Mungkin itu alasan saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan Kelantan-Sudan beraya di Madinah, tapi si isteri terkilan ramai ada foto raya OOTD... “Tergantung je la baju tu”

Ujar lelaki kelahiran Kedah itu, kehadiran isterinya yang berasal dari Kelantan kurang disukai keluarganya sewaktu awal perkahwinan mereka.

Namun, tanggapan itu mula berubah apabila ayah kepada lelaki itu jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.

“Adik beradik aku awalnya memang tak ngam sampai wife aku terasa lah kecuali ayah aku. Sampai satu hari ayah aku sakit teruk, hampir dua minggu duduk wad.

"Yang jaga? Ya, wife aku. Makan minum, basuh berak, mandikan semua wife aku buat sebab mak aku kecik orangnya dan tak larat.

Abang ipar aku orang Kelantan, dia okay je dan boleh buat semua benda. Bertukang, betul kan kereta dan selalu tolong kalau ada kerja-kerja rumah. Korang semua dari negeri lain yang ada masalah sebenarnya. Jangan nak Kelantanophobia.

NETIZEN

"Now, wife akulah menantu kesayangan ayah aku. Kalau boleh tiap-tiap minggu nak kami balik. Orang cakap, benci jangan keterlaluan," tulis lelaki itu panjang lebar.

Perkongsian berkenaan ternyata menarik perhatian ramai sehingga menerima lebih 16,500 ulang kicau (Retweet).

Lelaki itu turut berkongsi satu lagi peristiwa melibatkan anak saudaranya pada malam majlis perkahwinan mereka.

"Kau bayangkan awal dulu masa malam majlis kami, wife aku hulur makanan kat anak saudara aku, dia cakap apa? Taknak! Bekas orang Kelantan!

"Menyirap darah aku masa tu. Aku boleh bayang perasaan wife aku masa tu. Tolonglah janganlah ajar anak sifat benci membenci ni," tulisnya lagi.

Paparan skrin perkongsian lelaki itu.

Tambahnya, peristiwa-peristiwa itu membuatkan dia marah dan terasa sekiranya ada yang menyebarkan kebencian bersifat kenegeriaan khususnya menerusi media sosial.

Menerusi posting berkenaan, dia menafikan kisah itu berniat membuka aib keluarga sebaliknya ia menjadi satu contoh kehidupan yang perlu dikongsi.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meninggalkan komen berhubung isu berkenaan.

"Abang ipar aku orang Kelantan, dia okay je dan boleh buat semua benda. Bertukang, betul kan kereta dan selalu tolong kalau ada kerja-kerja rumah. Korang semua dari negeri lain yang ada masalah sebenarnya. Jangan nak Kelantanophobia," tulis @_mohdafizi.

"Makcik aku orang Kelantan, baik je dia sopan pulak tu aku datang rumah dia takde pun kotor macam rakyat-rakyat Twitter selalu cakap. Okay now ape lagi tak kena ngan Kelantan?" tulis @ainnrblqs.

"Same goes to my family. Tak nak orang Terengganu. End up dapat menantu orang Ganu. And dia sangat-sangat lah baik," tulis seorang lagi pelayar Twitter.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain