suria

Jemuran pakaian disangka orang bunuh diri, netizen kata “Siapa ada sakit jantung memang terus mati kat situ”

Jemuran pakaian yang menimbulkan 'salah faham' menarik perhatian pelayar media sosial. FOTO: Twitter @TypicalMsian.

SEKALI pandang, ia kelihatan seperti orang bunuh diri. Dua kali pandang, persis hantu yang sedang terbang.

Namun jika diteliti, ia sebenarnya hanyalah pakaian yang sedang dijemur.

Sudut kamera serta susunan beberapa pakaian di jemuran itu menyebabkan ia membentuk ilusi persis tubuh manusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh pocong muncul ketika undur kereta, rupa-rupanya tempat mak nyah pernah bunuh diri!

ARTIKEL BERKAITAN: Syahdu sambut Syawal… Maksu berkokok, melengkar macam ular akhirnya meninggal dunia di pagi raya

Malah, sesiapa sahaja yang terpandang pastinya akan tertanya-tanya, 'makhluk' apakah ia?

Situasi itu dirakam di satu kawasan kediaman dipercayai flat yang tidak dikenalpasti lokasi sebenarnya.

Kalau kau rabun pastu nampak ni malam-malam mau pengsan di situ.

NETIZEN


Foto itu kemudiannya dimuat naik ke laman Twitter @TypicalMsian dan ia ternyata menarik perhatian ramai.

"Siapa la ajar dia sidai baju macam nokhar*m,' tulis pengendali laman sosial itu.

Dimuat naik pada Rabu, ia sehingga kini menerima lebih 37,000 ulang kicau (Retweet).


Perkongsian dari Twitter @TypicalMsian.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meninggalkan komen mereka menerusi ruangan balas posting berkenaan.

"Wey kalau member rabun teruk tak pakai glasses (kaca mata) macam aku ni memang dah terjerit kalau nampak," tulis @raveinft.

"Kalau kau rabun pastu nampak ni malam-malam mau pengsan di situ,' tulis @amiraaefos.

"Ini kalau sapa ada sakit jantung memang terus mati kat situ juga," tulis @Buragas19252272.

"Adoi aku sumpah nak marah sape yang sidai macam tu," tulis seorang lagi pelayar Twitter.

 

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
jemuran, baju, bunuh diri, hantu

Artikel Berkaitan

Artikel Lain