suria

Syahdu sambut Syawal… Maksu berkokok, melengkar macam ular akhirnya meninggal dunia di pagi raya

Perbuatan syirik tetap berlaku walaupun di bulan mulia Ramadan. Gambar Sekadar Hiasan

KEDATANGAN bulan Syawal sepatutnya menjadi memori indah untuk beraya bersama keluarga tercinta dan bukannya meratapi kehilangan seseorang yang disayangi.

Tetapi itulah terpaksa dihadapi oleh Nur Amirah Zkir yang kehilangan ibu saudara kesayangan yang dipanggilnya Maksu akibat perbuatan khianat dan sihir yang berlaku ketika bulan Ramadan.

Sukar untuk ditelan tetapi itulah hakikat yang terpaksa ditanggung oleh Amirah sekeluarga memandangkan ibu saudaranya itu seorang yang baik dan rapat dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga panas, darah haid punya angkara! Ammar halau isteri

Cerita Amirah, kejadian pelik mula berlaku apabila mereka sekeluarga berkumpul untuk berbuka puasa yang sudah menjadi kebiasaan setiap tahun.

Namun sekitar pukul 3 pagi, ibu saudaranya itu ditemui dalam keadaan duduk mencangkung serta sedang mengigit kuku dalam keadaan ketakutan.

"Dia langsung tidak tidur dan hanya mencangkung, mengigil seperti dalam ketakutan membuatkan kami semua berasa pelik. Dia cuma mengenali mereka yang rapat dengannya seperti nenek dan suaminya sahaja," katanya mengimbas peristiwa yang berlaku beberapa tahun lalu.

Ibu saudara Amirah banyak terlantar sebelum meninggal dunia. Gambar Sekadar Hiasan

Jadi, setiap kali hadirnya Ramadan, sukar untuk Nur Amirah melupakan kejadian itu.

Bersalaman dengan wanita tidak dikenali sebelum sakit

Cerita Amirah lagi, beberapa hari selepas peristiwa tersebut, ibu saudaranya memberitahu ada seorang wanita datang memintanya wang kerana ingin membeli makanan.

Bagaimanapun dalam ceritanya itu, dia tidak pernah memberikan wang diminta namun dia pernah bersalaman dengan wanita itu apabila diminta berbuat demikian.

"Maksu tak bagi duit sebab perempuan itu katanya pakai banyak barang kemas dan apabila dia nampak Maksu saya juga pakai gelang emas dia tetap minta wang.

"Maksu sorok tangannya apabila perempuan itu terus mendesak untuk meminta wang dan akhirnya dia hulur tangan untuk bersalam dan Maksu saya sambut salam itu sebelum dia berlalu pergi.

"Kami ada bertanya jiran sama ada wujud wanita yang datang meminta duit tetapi mereka kata tiada, namun ibu saudara tetap ulang cerita yang sama kepada kami," katanya.

Kemeriahan Aidilfitri pasti akan membuatkan Amirah sekeluarga terkenang akan ibu saudaranya.

Badan berat, perut macam nak meletup!

Amirah memberitahu keadaan ibu saudara kesayangannya itu bertambah buruk sejak itu apabila dia mula hilang selera makan dan banyak mendiamkan diri.

"Melihat keadaannya itu, nenek membawanya berjumpa ustaz dan mujur Maksu tidak menolak tetapi peliknya apabila tiba di rumah ustaz berkenaan Maksu pengsan dan perlu diangkat masuk ke dalam rumah.

Yang peliknya badannya jadi sangat berat sehingga 10 orang terpaksa mengangkatnya masuk ke dalam rumah sebelum perutnya tiba-tiba mengembung seperti hendak meletup.

"Paling seram Maksu tiba-tiba berkokok seperti ayam dan ketika itu bulu roma saya terpacak kerana berasa takut.

"Apa yang saya tidak boleh lupa apabila Maksu tiba-tiba bersuara dengan berkata: "Aku nak jasad dia, kalau aku tak dapat aku nak dia mati".

Dalam pada itu, Amirah berkata, bimbang dengan keadaan itu mereka membawa ibu saudaranya itu berjumpa pakar perubatan Islam untuk mendapatkan bantuan.

Keadaannya selepas itu menunjukkan perubahan positif namun pada malam berikutnya Maksu tiba-tiba muntah darah selepas berbuka puasa sebelum pengsan.

Paling menakutkan Maksu saya tiba-tiba tersedar dan jadi macam ular melingkar jadi nenek menelefon ustaz untuk dapatkan bantuan.

NUR AMIRAH ZKIR

Pesan jagakan anak sebelum meninggal

"Paling menakutkan Maksu saya tiba-tiba tersedar dan dia jadi macam ular melingkar. Nenek telefon ustaz untuk dapatkan bantuan.

"Kejadian bertambah seram apabila kakak saya tiba-tiba mengejutkan saya yang sedang tidur memberitahu dia ternampak seorang lelaki tua memegang tongkat menuju ke arah ibu saudara saya," ujarnya.

Sehari sebelum Syawal kata Amirah, ibu saudaranya tiba-tiba seperti tersedar daripada mimpi yang panjang lalu meminta untuk memeluk anak dan mahu memasak hidangan berbuka buat suaminya.

Bagaimanapun kata Amirah, dia tiba-tiba rebah sebelum kembali tersedar namun seperti orang lupa ingatan namun sempat meninggalkan pesan agar menjaga anaknya.

"Lepas waktu Subuh pada pagi Syawal dia panggil ibu saya dan meminta jagakan anaknya kerana dia sudah tidak sanggup menahan kesakitan sebelum dia meninggal dunia," katanya.

Santau, Saka, Syawal, misteri, mistik

Artikel Lain