Dalam era media sosial masa kini, ramai yang menggunakan platform dalam talian untuk menambah kenalan dan berkongsi cerita kehidupan. -Gambar hiasan AI
BERPINDAH ke tempat baharu bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila terpaksa meninggalkan keluarga, rakan-rakan dan rutin kehidupan lama demi mengikut pasangan bekerja.Situasi itu turut dilalui seorang wanita yang mengakui berasa sunyi selepas berpindah ke sebuah negeri lain kerana tidak mempunyai kenalan rapat di tempat baharu. Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita berkenaan berkata dia begitu berharap dapat membina persahabatan baharu apabila menghadiri majlis kenduri rakan suaminya."Aku pindah dekat negeri **** sebab ikut suami bekerja. Aku tak ada kawan dekat negeri tu. Anak pun tak ada," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Keliru konsep ‘close friend’ IG Story... Pemuda ‘terciduk’ selama ini satu pejabat, rakan tak disukai tengok posting privasiARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak senang tengok media sosial kawan sendiri, mudah terbit rasa cemburu - “Nak elak dengki, aku unfollow dia”Menurut wanita itu, dia berasa teruja apabila menerima jemputan ke majlis kenduri kerana melihatnya sebagai peluang untuk berkenalan dengan isteri-isteri kepada rakan suaminya."Satu hari tu, kawan kepada suami jemput kenduri mereka. Aku excited gila sebab bolehlah aku kenal dengan isteri yang lain, tak adalah sunyi," ujarnya.Katanya lagi, suasana sepanjang majlis berjalan dengan baik dan semua tetamu melayannya secara mesra.Kita perlu bijak menilai dan menjaga privasi penting ketika berkenalan dengan individu baharu di media sosial. -Gambar hiasan AI"Masa majlis semua okay, tak ada yang sombong ke apa."Aku beranikan diri minta media sosial masing-masing. Aku aktif dekat Instagram, jadi aku minta Instagramlah," katanya.Bagaimanapun, dia mula berasa kecil hati selepas permintaan mengikuti akaunnya tidak dibalas seperti yang diharapkan."Lepas balik dari majlis tu, mereka approve saja friend request aku tapi mereka tak follow back."Aku ingat mereka tak cam akaun aku, jadi aku komen story dan sebagainya."Mengejutkan, mereka kenal saja itu aku, isteri kepada **** yang mereka jumpa dekat majlis. Tapi mereka masih tak follow back. Aku bukan nak kumpul followers atau apa,” luahnya.Tambahnya, dia mula berasa seperti terlalu memaksa diri untuk diterima dalam kelompok tersebut selepas melihat mereka sering keluar bersama-sama.Seorang wanita kesunyian selepas mengikut suaminya berpindah.Dia begitu berharap dapat membina persahabatan baharu bersama isteri rakan-rakan suaminya.Di satu majlis, dia cuba bertanya akaun media sosial mereka.Dia 'follow' akaun Instagram mereka, tapi mereka tak 'follow back' membuatkan dirinya terkilan.Netizen berpendapat persahabatan perlu dibina dengan ikhlas.Ringkasan ini dijana oleh AI"Cuma aku rasa macam aku pula terhegeh nak berkawan dengan mereka."Aku nampak story mereka outing sesama geng bini. Sedih pula sebab mereka tahu aku baru pindah sini dan tak kenal sesiapa," katanya."Kalau korang dalam situasi aku kan, apa korang buat?" tanyanya meminta pandangan netizen.Di ruangan komen, warga maya turut bersimpati dengan situasi yang dialami wanita berkenaan dan menyifatkan proses mencari kawan baharu ketika sudah dewasa sememangnya tidak mudah.Ada berpendapat tindakan tidak mengikuti semula akaun media sosial bukanlah petanda seseorang itu membenci atau tidak mahu berkawan.Ramai juga yang menasihatinya supaya tidak terlalu memaksa diri untuk diterima kerana persahabatan yang ikhlas akan hadir secara semula jadi.