suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sampai setahun duduk, penyewa alim ‘sublet’ rumah kepada pekerja asing... Bersusun ‘safety shoes’ depan pintu

Tuan rumah perlu tanggung kerugian sekiranya mendapat penyewa tidak bertanggungjawab. -Gambar hiasan AI

TERPEDAYA dengan imej alim yang dipamerkan, seorang individu terpaksa menanggung padah apabila rumah yang disewakan dijadikan tempat tinggal beramai-ramai tanpa pengetahuannya.

Itu didedahkan seorang ejen hartanah sebagai peringatan kepada pemilik kediaman supaya lebih berhati-hati memilih penyewa.

Menurut lelaki berkenaan, bakal penyewa pada awalnya memaklumkan dia mahu tinggal bersendirian dan tidak melihat sebarang perkara pelik tentangnya kelihat melihat rumah sewa berkenaan.

Pemilik rumah perlu berhati-hati dalam memilih penyewa. -Gambar hiasan

"Mula-mula penyewa kata nak duduk sorang je. Masa bawa view (tengok rumah), dia pakai jubah putih lengkap berserban. Bercakap pun nada lembut je.

"Memang nampak kategori low risk (kurang berisiko untuk menimbulkan masalah). Tapi masa view haritu, aku dah nampak macam ada unsur 'red flag' sikit.

"Bukan sebab pakaian dia tapi kadang bila sudah lama dalam bidang ni, sekali pandang dan tanya beberapa soalan pun kita boleh rasa ada benda tak kena," ceritanya di Threads.

Dia turut memaklumkan perkara itu kepada pemilik rumah dan mencadangkan agar permohonan penyewa terbabit ditangguhkan sementara menunggu beberapa lagi bakal penyewa lain datang melihat unit berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sewa tertunggak RM328, lelaki tergamak suruh tuan rumah rogol isteri dan anak perempuan sebagai ‘bayaran’

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran bulanan murah, dekat dengan tempat kerja... Pemuda malu tapi terpaksa sewa rumah ‘mix gender’

Namun dakwanya, pemilik rumah tetap mahu meneruskan urusan sewaan kerana tidak mahu kediaman itu dibiarkan kosong terlalu lama.

"Lalu apakan daya bila owner dah putuskan macam tu, kita ikut saja arahan. Bulan pertama, semua nampak okey. Sampai la masuk bulan ke tujuh.

"Owner dapat panggilan dari pihak pengurusan. Katanya unit dia selalu buat bising malam-malam. Lagi-lagi kalau hari minggu," ujarnya lagi.

Pemilik rumah kemudian melakukan pemeriksaan mengejut dan mendapat tahu modus operandi penyewa yang menyewakan semula atau 'sublet' unit berkenaan kepada beberapa pekerja tanpa pengetahuan tuan rumah.

  • Penyewa nampak sopan, rupanya rumah disublet kepada pekerja.
  • Owner nak elak rumah kosong, sekali unit jadi tempat tinggal 12 orang.
  • Baru tujuh bulan sewa, jiran mula mengadu rumah bising setiap hujung minggu.
  • Depan pintu penuh safety shoes, owner terbongkar kegiatan sublet penyewa.
  • Disangka ‘low risk’, penyewa rupanya sewakan rumah kepada general worker.

Dakwa lelaki itu lagi, penyewa terbabit rupa-rupanya dipercayai menyewakan semula unit berkenaan kepada pekerja asing tanpa pengetahuan pemilik rumah.

"Tak masuk rumah pun tengok dari luar je. Bila sampai depan pintu rumah, nampak banyak safety shoes. Rupanya, penyewa alim sublet rumah tanpa pengetahuan owner.

"Dia sewakan kepada general worker. Pernah paling ramai sampai 12 orang dalam satu masa. Masa tu barulah tuan rumah faham.

"Sebenarnya kos rumah kosong sebulan lebih murah dari setahun nak kena pening kepala dek kerosakan kediaman dan hubungan dengan jiran sekeliling," ujarnya menutupi kisah.

Artikel Lain