suria

Netizen persoal pendirian Syed Saddiq tak setuju tarik balik ijazah graduan protes 'ini Tanah Malaysia'

Syed Saddiq tidak bersetuju skrol graduan yang membuat protes di pentas konvokesyen UM ditarik balik.

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui menggunakan pentas konvoskesyen untuk protes tidak sepatutnya berlaku.

Syed Saddiq berkata, konvokesyen adalah milik semua graduan dan ibu bapa untuk bergembira meraikan hari bersejarah itu.

Bagaimanapun, dalam masa sama Syed Saddiq mendedahkan beliau tidak bersetuju dengan desakan untuk merampas ijazah graduan Wong Yan Ke.

ARTIKEL BERKAITANGraduan protes di pentas selepas terima skrol di majlis konvo, UM buat laporan polis - “Biadab, tidak dapat diterima sama sekali”

"Kita boleh mengutuk dan kritik tanpa menyebabkan remaja itu hilang pendidikannya selama empat tahun," tulis Syed Saddiq di Twitternya.

Namun status itu mendapat perhatian warga netizen yang turut mempersoalkan apa hukuman yang setimpal buat graduan itu.

Tindakan Yan Ke mendapat kecaman pelbagai pihak.

"Jika YB tidak bersetuju mungkin boleh utarakan apa hukuman yang setimpal buat pelajar berkenaan?.

"Yb juga cakap, hari bahagia untuk pelajar dan ibu bapa lain. Sepatutnya perkara tersebut tidak berlaku dan perlu kenakan tindakan...jika tidak akan menjadi ikutan," tulis Mohd Shazlan.

Isnin lalu, tular sebuah video seorang graduan melakukan protes sambil mengangkat plakad di atas pentas sewaktu Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) kali Ke-59 mengundang kecaman ramai.

Sebahagian komen-komen pandangan terhadap status yang dimuat naik Syed Saddiq.

Video berdurasi 14 saat itu tular di Twitter menunjukkan pelajar tersebut melaung 'ini tanah Malaysia' sambil mengangkat plakad yang tertulis perkataan 'Tolak Rasis; dan Undur VC' sebaik menerima ijazahnya.

Berdasarkan plakad tersebut, Yan Ke mendesak Naib Canselor UM, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim untuk meletak jawatan kerana didakwa gagal melindungi hak pelajar dan menyelesaikan krisis kewangan universiti tersebut selain didakwa menjadi boneka politik.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Syed Saddiq, Graduan, UM, Protes

Artikel Lain