GANGGUAN seksual tidak terhad kepada sentuhan fizikal semata-mata sebaliknya turut berlaku secara dalam talian.Menurut seorang pembantu klinik, nombor telefon di tempat kerjanya juga kerap menerima mesej gangguan daripada lelaki gatal. Katanya, mereka mula menerima gangguan selepas klinik tersebut membuat iklan tentang perkhidmatan berkhatan khusus bagi lelaki dewasa.Wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual perlu berani untuk tampil membuat laporan polis. -Gambar hiasan AI"Klinik buat iklan Facebook tentang khatan dewasa. Tapi mesej yang masuk, masya-Allah... yang bertanya tu tiada masalah, tapi bila ada yang pervert tu, terus kami block."Mungkin mereka tahu yang kebanyakan pembantu klinik ini perempuan. Jadi geng ini ambil peluang mesej dan call cakap yang bukan-bukan" kongsi individu itu.Susulan gangguan berterusan, dia berkata pihak klinik terpaksa mengambil langkah drastik dengan menghentikan iklan di platform media sosial.Pembantu klinik dakwa terima banyak mesej gangguan daripada lelaki. Gangguan mula berlaku selepas kliniknya membuat iklan tentang khatan dewasa.Klinik terpaksa menghentikan iklan bagi mengelakkan gangguan berterusan.Pelayar Threads beri saranan agar pihak klinik buat laporan polis.Ringkasan ini dijana oleh AI"Walhal iklan Facebook kami cuma nak sampaikan info tentang kebaikan khatan dewasa dan apa alat yang kami gunakan."Kami terpaksa tutup dulu iklan itu demi kesihatan mental pembantu klinik. Kalau tak, lagi banyak benda dan mesej mengarut yang kami akan dapat," tulisnya lagi menerusi Threads.Di ruangan komen, seorang individu memberi saranan agar pihak klinik membuat laporan polis ke atas pemilik nombor telefon yang melakukan gangguan.ARTIKEL BERKAITAN: 3 tahun hadap gangguan seksual, gadis dedah mesej lucah dikirim kekasih ibu... Buntu dihalang buat ‘report’ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menyesal biarkan suami rakan video intim, separuh gila jadi bahan ugutan selepas berceraiPada masa sama, beberapa lagi individu turut berkongsi pengalaman mereka berdepan gangguan daripada lelaki miang."Betul, sebagai team marketing, memang wujud manusia macam ni. Call kononnya nak tanya servis. Rupanya dia nak dengar suara kita je. Dengar suara pun mereka boleh bernafsu."Teruk betul masalah porno dan pervert di Malaysia. Dulu ingat kes ni terpencil je. Rupanya dah jadi barah," tulis netizen.