SEBAGAI orang Islam, menjaga aurat bukan pilihan, sebaliknya satu kewajipan yang perlu dipelihara dalam apa jua keadaan.Namun menurut seorang gadis, wujud segelintir ibu yang secara terang-terangan menyusu bayi masing-masing di tempat terbuka tanpa segan silu. "Aku ternampak sepupu perempuan breastfeeding anak dia dekat depan orang ramai tanpa cover apa-apa.Aurat wanita tidak sepatutnya menjadi tontonan umum. -Gambar hiasan AI"Dia selak macam tu je. Masalahnya nampaklah dia punya puting. Orang lelaki yang ada kat situ pun tengok je. "Masalahnya aku yang tertengok ni pula rasa malu tau. Aku terpaksa buat-buat main telefon," ujar gadis itu.Menurut gadis itu lagi, dia menasihati pelaku agar menyusu di tempat tersorok, namun kecewa apabila diberi alasan yang tidak masuk akal.Gadis tegur kaum ibu yang menyusu bayi secara terbuka.Dia kesal melihat sepupunya menyusu di tempat terbuka.Dia mendakwa ada tetamu lelaki turut menonton aksi itu.Netizen mendakwa kejadian sama pernah berlaku di kedai makan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dah tegur. Aku suruh dia masuk bilik untuk menyusu. Dia cakap orang dah kahwin memang macam ni. "Dia kata aku akan tahu apabila dah kahwin nanti. Dah la dia wanita bertudung," kongsinya lagi.Hantaran di aplikasi Threads itu turut mengundang pelbagai komen daripada netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Padah pemuda berambut panjang jadi sasaran anak buah mamai nak menyusu... rupa-rupanya dah banyak kali tersilap orang!ARTIKEL BERKAITAN: Wanita stres abang ipar minta susu badan, rayu jadi ibu susuan anak angkat 7 bulan... Bagi alasan nak selesai isu mahram keluarga"Semalam baru tertengok dekat majlis jiran. Menyusu selak baju depan orang ramai. Padahal boleh je tumpang bilik tuan rumah sekejap."Saya pernah nampak juga, dekat kedai makan. Dia boleh selak je tudung dan baju. Gila betul. Memang tak malu."Walaupun sesama perempuan, tetap rasa malu nak tengok," tulis beberapa netizen.