Pemungut hutang perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan BNM dalam urusan menuntut bayaran daripada penghutang. -Gambar hiasan AI
TIDAK ramai daripada kita mampu lari daripada komitmen kewangan termasuk ada hutang perlu dilunaskan setiap bulan.Namun dalam usaha bebas hutang, ada segelintir pihak yang didakwa mengambil kesempatan dan bertindak melampaui batas sehingga menimbulkan tekanan emosi kepada peminjam. Perkara sama dilalui seorang individu yang mendakwa dia sentiasa berada dalam keadaan tertekan akibat gangguan berterusan daripada pihak pemungut hutang atau debt collector.Dakwanya, setiap hari dia akan menerima panggilan tanpa henti termasuk pada hari cuti dan ada di antaranya menggunakan nombor berbeza."Ini dah kira tahapa gangguan ke? Hari Ahad, hari cuti tapi saya kena spam panggilan tanpa henti dari pagi.Individu yang berhasrat mengambil pinjaman disarankan memahami syarat serta terma dengan teliti. -Gambar hiasan AI"Setakat petang sahaja, lebih 12 panggilan masuk menggunakan pelbagai nombor berbeza," luahnya dalam satu hantaran yang dikongsikan di laman Majlis Bankrupt Malaysia.Tambah individu tersebut, meskipun dihimpit hutang namun dia komited melangsaikan hutang yang ada dan tidak pernah culas dalam membuat pembayaran bulanan.Ini termasuk pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)."PTPTN dan PTPK kedua-duanya saya bayar elok setiap bulan."Untuk pinjaman peribadi bank pula, baki akhir tinggal sekitar RM1,300 sahaja lagi. Bukan berjuta pun sampai kena ganggu macam ini," ujarnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Pemungut hutang ‘spam call’ majikan, ugut penghutang sampai ke tempat kerja? Jangan takut, Malaysia ada undang-undangARTIKEL BERKAITAN: Dulu herdik, perli orang susah... Pemungut hutang kini sempit rezeki, anggap diri terima kifarahJusteru, dia mempersoalkan tindakan syarikat pemungut hutang yang didakwa menggunakan sistem auto-dialer sehingga menyebabkan panggilan dibuat tanpa henti tanpa mengambil kira masa, termasuk hari cuti."Ada sesiapa pernah kena macam ini? Syarikat pemungut hutang mana yang biadab guna auto dialer sampai macam ini sekali?" soalnya.Lebih membimbangkan, individu berkenaan turut mendakwa gangguan tersebut pernah memberi kesan besar terhadap kerjayanya sebelum ini."Saya sampai terpaksa berhenti kerja sebelum ini pun sebab pemungut hutang. Mereka hubungi HR (jabatan sumber manusia) tanpa henti. Memang langsung tidak ada etika," luahnya.Disebabkan itu, dia kini sedang mempertimbangkan membuat aduan rasmi kepada Bank Negara Malaysia (BNM) atau mengambil tindakan undang-undang berhubung gangguan dialaminya.Seorang individ tertekan akibat gangguan berterusan daripada pemungut hutang yang menghubunginya tanpa henti, termasuk pada hari cuti.Individu itu menegaskan dia masih membayar pinjaman secara konsisten, malah baki pinjaman peribadi hanya sekitar RM1,300.Dia turut berkongsi gangguan daripada pemungut hutang sebelum ini yang menghubungi tempat kerja sehingga menjejaskan kerjayanya.Dia mempertimbangkan untuk membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia atau mengambil tindakan undang-undang.Netizen memberikan sokongan agar dia mengambil tindakan susulan privasi diganggu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya memang sudah hilang sabar. Kalau buat aduan dekat BNM atau ambil tindakan undang-undang sebab gangguan privasi, ada tindakan ke?" ujarnya.Perkongsian tersebut nyata mengundang perhatian ramai, malah ada yang turut berkongsi pengalaman serupa.Ramai tampil memberi pelbagai cadangan, termasuk menyokong hasratnya mengambil tindakan undang-undang kerana pelanggaran hak privasi."Kalau ikut undang-undang BNM, pemungut hutang tidak boleh telefon pada hari Ahad."Install aplikasi Truecaller! Dia block most of spammer! Sampai kadang bank call untuk inform payment overdue pun tak boleh masuk," komen netizen. Sebahagian daripada komen netizen.Sekadar maklumat tambahan, BNM ada menggariskan had jelas tentang perkara boleh dilakukan dan sebaliknya oleh pemungut hutang.Pemungut hutang tidak boleh menakut-nakutkan, mengganggu atau menghina peminjam sama ada secara lisan mahupun fizikal.Ini termasuk menghubungi sebelum pukul 8 pagi dan selepas 9 malam tanpa kebenaran dan mendedahkan maklumat hutang kepada pihak lain.Jika berdepan gangguan sedemikian, peminjam dinasihatkan untuk membuat aduan kepada Unit Aduan bank mengenai tindakan pemungut hutang berkenaan.