Pasangan yang berhadapan konflik rumah tangga sering memilih penceraian sebagai jalan terakhir. -Gambar hiasan AI
TIADA pasangan mahu perkahwinan yang dibina atas dasar cinta berakhir dengan penceraian namun ia jalan terbaik sekiranya sudah tiada lagi persefahaman dalam rumah tangga.Pun begitu, tidak semua orang dapat menerima penceraian tersebut sehingga ada tergamak menggunakan pelbagai taktik sebagai bentuk balas dendam. Itu juga yang berlaku pada seorang wanita ini yang tidak menyangka proses penceraiannya bertukar mimpi ngeri apabila suaminya didakwa menggunakan taktik kotor kerana tidak mahu bercerai.Lelaki itu dakwanya membuat ugutan akan menyebarkan foto dan video hubungan intim mereka sekiranya dia tetap mahu bercerai.Kebanyakan wanita memfailkan penceraian di mahkamah selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga. -Gambar hiasan "Saya dalam proses penceraian tapi suami pernah ugut nak sebarkan gambar dan video hubungan intim kami," luahnya di Facebook.Dia yang diselubungi rasa bimbang dengan ugutan berkenaan turut berasa hairan kerana tidak pernah menyedari suaminya merakam aksi mereka.Di sebalik itu tetap mahu percaya apa dikatakan suaminya sekadar rekaan agar dia beralah dan tidak jadi bercerai.Wanita dalam proses cerai, dakwa suami ugut sebar gambar/video intim.Tak pasti bila rakaman dibuat, bimbang aib disebarkan.Suami didakwa bertindak balas dendam elak perceraian.Dedah suami panas baran, kaki pukul, malas dan suka memaki.Netizen nasihat buat laporan polis, simpan bahan lucah adalah jenayah.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya pelik bila masa dia ambil video dan gambar tersebut? Risau jika betul seperti dikatakan. Gambar atau video aib itu akan disebarkan sebab suami ugut."Dia ada niat seolah-olah nak balas dendam kerana saya minta cerai," ceritanya lagi.Menurutnya, dia memfailkan cerai kerana sudah berasa tawar hati dengan sikap lelaki itu yang didakwa panas baran dan seorang kaki pukul.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menyesal biarkan suami rakan video intim, separuh gila jadi bahan ugutan selepas berceraiARTIKEL BERKAITAN: Isteri risau suami kerja jauh selalu gersang, suka minta video intim... Wanita dah 11 tahun PJJ tampil beri solusiBukan itu sahaja, dia mendakwa suaminya seorang pemalas dan tidak bekerja selain sering culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.Sementara itu, ramai meminta wanita tersebut membuat laporan polis bagi melindungi dirinya apatah lagi menyimpan bahan pornografi adalah satu kesalahan jenayah."Menyimpan video lucah boleh kena penjara dan denda seperti kes seorang wanita yang didapati bersalah menyimpan bahan pornografi sebelum ini."Buat laporan polis diugut sebagai persediaan awal untuk memudahkan urusan di kemudian hari," antara saranan netizen.