suria

Masuk perangkap sendiri, lelaki ini ajar wanita berlagak diva masa ‘blind date’... Modus operandi ‘touch up’ di tandas gagal!

Ada individu yang suka mengambil kesempatan disaat pertama kali bertemu. -Gambar hiasan AI

TINDAKAN seorang wanita cuba memperdaya teman janji buta atau blind date tidak berhasil apabila lelaki ini bertindak lebih bijak daripadanya.

Bercerita mengenai pengalaman itu, pada awalnya perkenalan mereka menerusi sebuah aplikasi temu janji berjalan lancar malah dia tertarik dengan kemesraan dan penampilan menarik dimilikinya.

Bagi berkenalan lebih dekat mereka kemudiannya bersetuju bertemu di sebuah pusat beli-belah namun sebaik berjumpa, lelaki itu mula merasakan 'vibe' kurang menyenangkan tentang wanita tersebut.

Wanita itu katanya bukan sahaja datang lewat pada temu janji pertama mereka tetapi menunjukkan sikap 'diva' sepanjang keluar bersama.

"Aku sampai dulu sebab memang jenis menepati masa. Dia pula sampai lambat sikit, tapi masuk-masuk je terus vibe dia macam ratu. Jalan pun slow motion.

Ada pasangan yang suka berkongsi membuat pembayaran bagi mengelak salah seorang terbeban. -Gambar hiasan AI

Ada pasangan yang suka berkongsi membuat pembayaran bagi mengelak salah seorang terbeban. -Gambar hiasan AI

"Aku ajak makan dulu sebab masa itu dah petang. Dia terus cakap, I nak makan tempat nice sikit boleh? I lapar sangat,” kongsinya.

Wanita itu kemudian meminta untuk ke restoran lebih mewah dan lelaki sudah berasa tidak sedap hati dengan temu janji tersebut.

Apa lebih mengganggu fikirannya apabila wanita itu seolah-olah tidak berminat dengan pertemuan tersebut dan lebih banyak bermain telefon daripada berbual dengannya.

"Dalam kepala dah kira bajet. Aku tengok menu aku pun macam ok aku ambil yang biasa-biasa je la.

"Masa makan tu, aku cuba borak la kan. Tanya fasal kerja, minat semua tapi dia jawab pendek-pendek je.

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam gambar nampak cantik, pemuda terkejut wanita gempal datang sewaktu ‘first date’ - “Aku kena catfish”

ARTIKEL BERKAITAN: Keluar 'first date', wanita minta nak bayar makan! Pemuda kini faham maksudnya, dah terkena sekali

"Dalam hati aku ok ni bukan dating ni. Aku kena sponsor dinner ke apa ni? Lepas makan habis, dia bangun dan cakap i pergi touch up jap.

"Aku pun tunggu la, lebih 15 minit, lama gila tak datang-datang lagi. Aku dah mula syak benda pelik dah," katanya.

Menyedari sesuatu tidak kena, lelaki itu membuat keputusan untuk hanya membayar bahagiannya sahaja terlebih dahulu.

"Tak lama lepas tu dia keluar dengan muka tak bersalah dan tanya dah bayar? Aku pun jawab, I bayar I punya je.

"Terus muka dia berubah, hah? Kenapa tak bayar sekali? Aku jawab selamba sebab I ingat kita share,” katanya.

  • Lelaki kongsi pengalaman date dengan wanita ‘high maintenance’.
  • Wanita pilih restoran mahal, tapi kurang berkomunikasi.
  • Lelaki curiga selepas wanita hilang lama.
  • Dia hanya bayar bahagiannya sendiri.
  • Pengalaman jadi pengajaran tentang usaha dua hala.

Tidak terhenti di situ, wanita itu kemudian mengajak menonton wayang, lelaki tersebut bersetuju tetapi memberi helah lain.

"Aku agak mesti dia nak aku bayar lagi. Aku terus cakap, i dah beli tiket tapi sorang je.

"Dia terus terkedu dengan muka semacam. Kemudian dia cakap nak balik sebab dia penat," katanya.

Menurutnya, pengalaman tersebut membuatkannya sedar tidak semua bertemu untuk mengenali secara ikhlas, sebaliknya ada yang sekadar mencari seseorang untuk menampung gaya hidup mereka.

Artikel Lain