suria

“Mu nak tunjuk sapo?” - Tak suka isteri pakai maskara, suami naik hantu dalam WhatsApp... Tergamak bandingkan dengan wanita lain

Seorang isteri perlu mematuhi arahan dan permintaan suaminya. -Gambar hiasan AI

TINDAKAN seorang wanita menyapu maskara pada bahagian bulu matanya membawa kepada 'perang dingin' dengan suami selama tiga hari.

Berang isterinya memakai alat solek, lelaki itu turut mempersoalkan tujuan dia memakai maskara malah tergamak membandingkannya dengan wanita lain.

"Pakai bulu kening, mu nak tunjuk sapo? Mu tengok la sain-sain (kawan-kawan) sebaya mu hok mu sain.

"Celak mata kow kening kow," antara mesej yang dihantar suaminya menerusi WhatsApp dalam dialek Kelantan.

Kebanyakan wanita akan memberi fokus pada solekan mata. -Gambar hiasan

Kebanyakan wanita akan memberi fokus pada solekan mata. -Gambar hiasan

Di samping tangkap layar mesej yang dikongsi, wanita itu turut meluahkan kesedihan dimarahi suami disebabkan hal kecil.

Kata wanita itu, suaminya tiba-tiba naik angin selepas melihat dia mengenakan maskara pada bulu mata.

Kemarahan lelaki itu dianggap tidak munasabah memandangkan dia hanya mencalit nipis maskara pada bulu mata dan bukan bertujuan menarik perhatian sesiapa.

  • Hanya pakai maskara nipis, suami naik angin sampai 3 hari.
  • Suami hantar WhatsApp, bandingkan isteri dengan wanita lain.
  • Dakwa isteri tak dibenarkan bersolek walau keluar dengan keluarga.
  • Isteri jelaskan tak pakai bedak atau foundation, hanya maskara ringan.
  • Netizen simpati, anggap suami terlalu mengongkong dan cemburu.

"Suami marah kita pakai maskara, hanya maskara sahaja... pakai pun senipis alam.

"Dah tiga hari dia marahkan kita pasal maskara ni, dia cakap kita mengalahkan artis," luahnya dalam nada terkilan di Threads.

Menurutnya lagi, dia juga tidak mengenakan sebarang alat solekan waima bedak asas seperti mana kebanyakan wanita lain.

"Bedak tak pakai, foundation (bedak asas) pun tak pakai," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu malu ditegur di majlis kahwin sebab bersolek kalah pengantin! Tujuan mekap tebal cuma nak tutup cela wajah

ARTIKEL BERKAITAN: “Segala make up, foundation semua aku bagi!” - Suami kecewa isteri menggatal dengan penganggur, bercinta dalam Mobile Legends

Dia turut berkongsi gambar bahagian matanya secara close-up bagi membuktikan maskara yang dipakai tidak jelas kelihatan.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen termasuk ada berpendapat sang suami mungkin bersikap cemburu dan mengongkong.

"Lelaki macam ini konon tak suka isteri bersolek tapi watch history penuh video perempuan make-up 10 inci.

"Biasanya lelaki macam ini ada skandal jenis bersolek tebal," antara reaksi netizen.

Artikel Lain