BAGI ibu yang menyusukan anak, cabaran untuk menghasilkan susu badan mencukupi merupakan satu perjuangan luar biasa.
Dalam situasi anak yang masih kecil dan ditambah pula kerap menyusu, secara tidak langsung si ibu akan mudah berasa letih sama ada secara fizikal dan juga emosi.
Justeru apabila ada permintaan daripada ahli keluarga untuk menjadi ibu susuan, ia boleh menjadi dilema besar bagi si ibu, sebagaimana situasi dilalui wanita ini.
"Okay ke kalau orang minta jadi ibu susuan? Abang ipar saya baru ambil anak angkat lelaki. Dia minta saya jadi ibu susuan supaya takde isu aurat dengan adik-beradik dia.
Susu badan adalah anugerah buat setiap wanita bergelar ibu. -Gambar hiasan
"Masalahnya susu saya ni macam cukup-cukup untuk anak saya yang sekarang baru empat bulan. Anak angkat abang ipar saya tu tujuh bulan. Saya stres memikirkan saya ni kedekut ke apa," luahnya dalam satu hantaran di media sosial.
Menurut wanita tersebut, dia menjadi 'pilihan' memandangkan satu-satunya wanita yang mempunyai bayi dalam kalangan adik-beradik suaminya pada masa ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut dapat tahu anak ada ‘ibu susuan’, rupanya angkara kakak ipar!
ARTIKEL BERKAITAN: Anak menyusu badan, senang ibu bawa masuk hutan sejak usia 4 bulan! Tak takut makhluk halus, gajet lebih bahaya
"Kakak-kakak ipar saya semua dah nak 'tutup kilang'. Saya je ada baby. Jadi mereka nak baby angkat tu supaya tiada batas aurat dengan adik-beradik," ujarnya.
Tambah wanita itu lagi, apa yang membuatkan dia keberatan adalah apabila memikirkan pertalian hubungan antaranya dengan adik-beradik suami, selain kuantiti susu badannya hanya sekadar mencukupi untuk bayi sendiri.
Susu ni personal, kalau awak rasa keberatan... slowtalk je baik-baik cakap tak nak.
NETIZEN
"Saya tiada pertalian darah dengan mereka. Contohnya kalau jodoh tak panjang ke, macam mana pula? Itu saya hairan.
"Susukan anak seorang ni pun saya kena makan banyak barulah ada susu banyak," tulisnya lagi.
Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya yang tampil memberi pandangan dan saranan sebagai solusi kepada situasi yang dihadapinya.
Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.
"Minta wife abang ipar susukan. Kalau sis yang susukan, masih aurat juga baby dengan abang ipar dan isterinya. Kalau rasa burden jangan buat. Menyusu ni personal.
"Perlu persetujuan awak dan suami. Bincang elok-elok. Kalau awak sendiri tak ready, jangan paksa diri.
"Susu ni hak personal, kalau awak rasa keberatan, slowtalk je baik-baik cakap tak nak," demikian komen netizen.