suria

Anak menyusu badan, senang ibu bawa masuk hutan sejak usia 4 bulan! Tak takut makhluk halus, gajet lebih bahaya

Sue Kz menyusukan anaknya setiap kali masuk ke hutan.

BUKAN biasa-biasa apabila seorang ibu menyusukan anaknya di dalam hutan.

Menggelarkan dirinya sebagai 'gadis hutan' menerusi video yang dikongsi di laman sosial, wanita itu kelihatan selesa menyusukan anaknya di laluan trek.

"Bila gadis hutan dah jadi mak. Angkut anak masuk hutan sekali," menurut keterangan video sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Berkongsi pengalaman, wanita berkenaan, Adilah Suhailin Kamaruzaman mengakui dirinya sering membawa masuk anak lelaki yang berusia setahun dan empat bulan ke dalam hutan.

Ibu berusia 29 tahun itu turut dilatih oleh bapanya untuk masuk ke hutan sejak kecil selain sebelum ini melakukan kajian mengenai hidupan liar ketika mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Zoologi di Universiti Sains Malaysia (USM).

"Saya mula bawa anak masuk hutan buat jungle trekking sejak usianya empat bulan. Sekarang ni setiap bulan wajib masuk hutan bersama anak.

"Masa mula-mula tu saya bawa dia masuk kejap je. Dari 30 minit ke 45 minit, selepas tu sejam dan sekarang paling lama sampai dua jam kami dalam hutan," katanya kepada mStar.

menyusu badan dalam hutan 5

Tangkap layar video yang dikongsi Sue Kz di TikTok.

Lebih dikenali sebagai Sue Kz, dia bagaimanapun mempunyai alasan setiap kali membawa anaknya masuk ke hutan yang turut disertai suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat mak ayah kaki hiking, bayi usia 2 tahun dah 5 kali sampai puncak gunung... perlu banyak persediaan termasuklah hafal lagu Itsy Bitsy Spider

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula solo, kini berempat! Plan mendaki selepas putus cinta bawa bahagia, dapat jodoh hobi sama - "Kalau hike, anak menyusu kena ikut timing baby la"

"Sejak ada anak, saya nak dedahkan dia kepada alam semula jadi dan kurangkan skrin (penggunaan gajet) dengan membawanya keluar dari rumah.

"Saya bukanlah kaki hiking tapi adalah conservationist (pemulihara) alam. Saya biasakan pendedahan anak dengan hutan supaya dia cintakan alam semula jadi, dan jadi tahan lasak," ujarnya yang berasal dari Besut, Terengganu.

menyusu badan dalam hutan 3

Sue Kz mahu anaknya membiasakan diri dengan alam semula jadi.

Malah, suri rumah itu juga pernah membawa anaknya ke perkampungan Orang Asli dekat Tasik Chini, Pahang dan bermalam selama dua hari ketka menjadi sukarelawan bagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk program anak-anak Orang Asli.

Menurut Sue Kz, anaknya menyusu badan sepenuhnya sekali gus memudahkan pergerakan mereka setiap kali masuk ke hutan.

Saya biasakan pendedahan anak dengan hutan supaya dia cintakan alam semula jadi, dan jadi tahan lasak.

SUE KZ

"Kami bukan masuk hutan bertiga bersama suami, tapi akan pastikan kami dah biasa dengan hutan tu terlebih dahulu dari segi tahap keselamatan dan risiko bahaya.

"Paling penting kawasan hutan yang child friendly (mesra kanak-kanak). Maksudnya tiada binatang buas dan tiada kecuraman yang membahayakan di sepanjang laluan," tambahnya.

menyusu badan dalam hutan 4

Suami sentiasa menemani Sue Kz dan anak masuk ke hutan.

Ditegur netizen mengenai kebimbangan terhadap makhluk halus, wanita itu sebenarnya lebih takut dengan pengaruh media sosial yang tidak baik boleh mempengaruhi anaknya.

"Setiap kali masuk hutan, kami akan baca doa untuk pelindung diri. Secara peribadi, saya sebenarnya tak takut hantu dalam hutan, dan rasa pendedahan gajet lebih bahaya.

"Dalam tak sedar, kesan (gajet) membuatkan anak-anak mudah berdamping dengan 'hantu' yang kini menjadi trend seperti Huggy Wuggy, Mommy Long Legs dan Siren Head, sehingga anak-anak memuja 'hantu-hantu' ini. Benda-benda ini yang lebih merosakkan anak-anak," tambahnya.

menyusu badan dalam hutan 1

Aktiviti masuk ke hutan menjadi kebiasaan buat Sue Kz, suami dan anak.

Sue Kz turut bersyukur kerana anaknya tidak meragam setiap kali mereka masuk ke hutan sekali gus memudahkannya untuk menyusu.

"Anak tak menangis bila masuk hutan. Setiap kali kami berehat, anak yang dah boleh berjalan boleh main daun dan kenal spesies tumbuhan lain.

"Sebenarnya anak lebih mudah menangis apabila masuk shopping mall, mungkin kerana ramai orang... macam di kenduri dia mudah menangis sebab tak selesa" katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain