suria

Mak nak buat korban, anak hulur duit walau akaun bank berbaki tiga angka... Kejadian lepas itu buka mata tentang ‘doa ibu tiada hijab’

Ibadah korban mengajar kita erti bersyukur dan saling berkongsi rezeki. -Gambar hiasan

SEPANJANG empat hari ibadah korban sempena Aidiladha berlangsung, kita dapat menyaksikan pelbagai kisah serta pengalaman warga maya yang dikongsikan di media sosial.

Di aplikasi Thread, seorang wanita turut berkongsi kisah yang meninggalkan kesan mengenai betapa berkatnya doa seorang ibu.

"Beberapa minggu sebelum raya, ibu tanya kalau saya ada duit lebih nak bayar korban. Saya jawab tak ada sebab tengah struggle, sales sendu bulan lepas. 

Sesungguhnya doa seorang ibu tiada hijab. -Gambar hiasan

"Perbualan terhenti setakat itu dan kami tak bermesej hampir dua minggu. Kemudian dalam stres dan pening kenapa sales masih sendu, tiba-tiba saya teringat ibu.

"Saya ada beberapa ratus dalam bank. Saya transfer kepada ibu. Ingat dah terlambat (untuk bayar korban) tapi sekurang-kurangnya dia ada lah nak belanja raya ke.

"Ibu ucap terima kasih dan doakan saya murah rezeki," tulisnya dalam hantaran tersebut. 

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja hempas pintu malas pergi tuisyen, ibu tahan marah sambil doa! Sesuatu berlaku lepas anak pulang dari kelas

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu anak lepas hukuman gantung, ibu ke penjara bagi geran tanah sebagai ganti! Tak sangka 'doa' masa marah makbul

Tanpa disangka, wanita itu berkata jualan yang sejak kebelakangan ini agak kurang memberangsangkan, secara tiba-tiba naik mendadak.

"Saya perasan saya dapat beberapa tempahan. Kemudian bertambah beberapa lagi. Saya sangat gembira dan sedar mungkin berkat doa ibu," tulisnya lagi.

Lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita akan dapat. Itulah keberkatan rezeki. 

NETIZEN

Terpanggil untuk membuat perkongsian di media sosial sebagai teladan bersama, wanita itu dalam masa yang sama menitipkan pesanan buat warga maya agar mengambil kesempatan yang ada untuk berbakti kepada orang tua.

"Selama 39 tahun hidup, entah berapa juta kali ibu mendoakan kita. 

"Tapi kita terlalu fokus dengan masalah sendiri sampai lupa doa seorang ibu tiada hijabnya.

"Mintalah doa seorang ibu sementara hayatnya masih ada. Ia sangat tidak ternilai dibandingkan dengan perkara lain," kongsinya lagi.

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Di ruangan komen, warga maya turut meluahkan rasa hiba selain berkongsi kisah serupa mengenai kehebatan doa seorang ibu.

"Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Kata-kata yang selalu saya ingat setiap kali saya memberi.

"Saya percaya lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita akan dapat. Itulah keberkatan rezeki. 

"Saya percaya dengan keberkatan rezeki. Kalau saya takde sales atau tak cukup duit waktu tu. Saya memang akan transfer dekat ibu," komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain