suria

“Hentikanlah, sis bukan barang!” - Wanita 29 tahun rimas jadi mangsa ‘matchmake’, macam terdesak sangat cari suami

Bagi sesetengah wanita, tekanan sosial untuk segera berkahwin boleh menjadi satu cabaran emosi. -Gambar hiasan AI

WANITA yang menghampiri usia 30 tahun dan masih belum berkahwin biasanya akan menjadi sasaran 'makcik bawang' dengan pertanyaan mengenai jodoh.

Bagi seorang wanita, pertanyaan tersebut bukan sahaja memenatkan malah membuatkan dia berasa kurang selesa apatah lagi ada cuba menjodohkannya dengan calon dianggap sesuai dengannya.

Menerusi satu perkongsian, wanita yang kini berusia 29 tahun itu berkongsi luahan mengenai pengalaman yang sering dilaluinya.

"Wanita berusia 29 tahun, berat 68 kilogram dan tinggi 153 sentimeter.

Tanpa terikat dengan komitmen rumah tangga, fasa bujang memberi ruang kepada wanita meneroka kehidupan dengan cara berbeza. -Gambar hiasan AI

"Penat bila belum ada pasangan hidup. Pergi mana-mana mesti orang nak kenalkan dengan adik lah, anak lah, abang lah.

"Siap minta nombor dan gambar lagi," luahnya dalam perkongsian berkenaan.

Kongsinya lagi, dia memahami keprihatinan orang sekeliling dan cuba bersikap terbuka berkenalan dengan calon yang ingin diperkenalkan kepadanya.

Bagaimanapun dia belum pernah mendapat sebarang respon daripada pihak yang dipadankan dengannya dan perkara itu membuatkan dia berasa kecewa.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak puas hati kawan wajah ‘biasa-biasa’ cepat dapat jodoh... Kecewa diri sendiri hanya jumpa lelaki otak kuning, biawak hidup!

ARTIKEL BERKAITAN: Sahabat baru kahwin 2 bulan luah ‘bujang lagi best’... Wanita tak cepat gabra, faham sebab lama sangat hidup berdikari

"Tapi end up, tuan-tuan badan ini tak nak pun berkenalan," ujarnya.

Situasi itu katanya secara tidak langsung membuatkan dia kelihatan seolah-olah seorang wanita terdesak mencari pasangan hidup.

Sedangkan hakikatnya dia gembira menikmati hidup bujang tanpa terikat dalam hubungan.

"Hentikanlah, sis bukan barang. Sis enjoy je hidup membujang. Macam mana eyh nak tolak?" katanya.

  • Seorang wanita berstatus bujang meluahkan rasa penat apabila sering diaturkan jodoh oleh orang sekeliling.

  • Wanita berusia 29 tahun itu diminta gambar dan nombor telefon oleh kenalan bertujuan untuk mencarikannya pasangan.

  • Namun individu yang dipadankan dengannya tidak memberi sebarang maklum balas untuk berkenalan.

  • Situasi itu membuatkan dirinya berasa seperti wanita yang terdesak, sedangkan dia selesa dengan kehidupan bujang.

  • Netizen memberi cadangan supaya dia menolak dengan cara berhemah.

Perkongsian itu rupanya turut dirasai ramai wanita lain yang berdepan situasi sama sehingga membuatkan mereka tertekan dengan kehendak orang lain ingin melihat mereka bahagia.

Ada juga mencadangkan agar dia mula menolak dengan cara berhemah jika ada pihak ingin mencari jodoh buatnya pada masa hadapan.

"Buat tak tahu je, bila dah tua sikit takutlah mereka nak tanya. Takut jadi penyondol!

"68 kilogram bukan gemuk mana pun, berisi je. Ramai je orang gemuk dekat luar sana dapat pasangan hidup," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain