Graduan protes di pentas selepas terima skrol di majlis konvo, UM buat laporan polis - “Biadab, tidak dapat diterima sama sekali” - Semasa | mStar

Graduan protes di pentas selepas terima skrol di majlis konvo, UM buat laporan polis - “Biadab, tidak dapat diterima sama sekali”

Graduan tersebut melakukan protes sewaktu majlis konvokesyen sedang berlangsung pada Isnin.

TINDAKAN seorang graduan yang melakukan protes sambil mengangkat plakad di atas pentas sewaktu Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) kali ke-59 pagi Isnin mengundang kecaman ramai.

Sama ada di media sosial atau di luar sana, rata-rata mereka meluahkan rasa marah terhadap tindakan graduan Kejuruteraan Awam itu yang dianggap biadab dan memalukan universiti.

Video berdurasi 14 saat yang tular di Twitter menunjukkan pelajar terbabit yang dikenali sebagai Wong Yan Ke melaung 'ini tanah Malaysia' sambil mengangkat plakad yang tertera perkataan 'Tolak Rasis' dan 'Undur VC' sebaik menerima ijazahnya.

Berdasarkan plakad tersebut, Yan Ke mendesak Naib Canselor UM, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim untuk meletak jawatan kerana didakwa gagal melindungi hak pelajar dan menyelesaikan krisis kewangan universiti tersebut selain didakwa menjadi boneka politik.

Lebih teruk lagi, pelajar itu tidak mengendahkan rakan-rakan lain  sedang berjalan di atas pentas untuk mengambil skrol masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar UM Terus Protes Tindakan Disiplin

Sebaik turun dari pentas, dia tidak menerima sokongan sebaliknya di'boo' oleh seisi dewan yang hadir pada majlis itu.

Yan Ke bagaimanapun didengar melaung sesuatu sebagai respons kepada tetamu di dalam dewan.

Yan Ke dikecam netizen selepas rakaman perbuatannya tular di media sosial.

"By the way saya rasa terkilan for a few seconds tadi masa kat DTC as I am one of the graduates for that session too. Ni memang tak matured and selfish tahap dewa. Kalau dia mengaku dia Malaysian yang setia at least dia hormat istiadat konvoksyen yang mana as Malaysian kita hormat adat dan fahaman masing-masing," tulis Hafizi Hairy.

"Kita ada medium dan platform untuk menzahirkan tidak setuju terhadap sesuatu. Tapi ini bagi saya memang kurang ajar," kata Muhammad Fuad.

"Happened during my session tadi. Semua boo dekat dia b**** pekat nak mampus," kata Shahirah.

Sehubungan itu, kami kini menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan untuk tindakan lanjut yang sewajarnya diambil.

PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT UM

Tindakan biadabnya itu turut mendapat perhatian Penggerak Mahasiswa UM yang menggesa agar pihak universiti menarik balik sijil Ijazah Sarjana Muda miliknya.

Malah satu petisyen turut dilancarkan bagi meraih 30,000 sokongan terhadap gesaan tersebut.

Petisyen tersebut turut menuntut Yan Ke membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai perbuatannya itu.

Sementara itu, UM dalam satu kenyataan pada Selasa berkata pihaknya telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Satu petisyen turut dilancarkan bagi menuntut sijil Ijazah Sarjana Muda graduan ini ditarik balik.

"Kelakuan yang ditunjukkan dalam sebuah istiadat rasmi yang dibuka secara rasminya oleh Tuanku Canselor UM pada sidang pertama pagi Sabtu lalu dan diteruskan dengan perkenaan baginda sehingga sidang terakhir Rabu ini, serta dihadiri tetamu kenamaan, para pensyarah dan para graduan yang diraikan serta ibu bapa mereka tadi adalah biadab dan tidak dapat diterima sama sekali.

"Sehubungan itu, kami kini menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan untuk tindakan lanjut yang sewajarnya diambil," kata kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Komunikasi Korporat UM.

Cancelor UM ialah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Jelas kenyataan itu lagi, UM mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas tidak menghormati istiadat dan mengganggu protokol dan kelancaran majlis. 

"Ia juga mencemarkan nama baik Universiti Malaya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, juga para graduan dan seluruh warga UM.

"Sebagai sebuah universiti yang diiktiraf dunia selaku antara yang terbaik, UM sentiasa mendukung prinsip kebebasan bersuara.

"Namun sebagai institusi pengajian tinggi yang menggalas amanah untuk mendidik generasi masa depan, kami juga percaya apa jua tindakan berlandaskan prinsip tersebut perlu dilakukan pada tempat dan dengan cara yang betul," katanya.

protes , Universiti Malaya , konvokesyen

Artikel Berikut

Kuala Lumpur menjelang 20 tahun akan datang

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain