Kes kerat 8, kepala ibu dan anak ditemui atas loteng rumah - Semasa | mStar

Kes kerat 8, kepala ibu dan anak ditemui atas loteng rumah

Anggota polis membawa keluar bungkusan sisa bahagian manusia yang terdapat di lokasi kejadian di Kampung Ladang Krubong pada Khamis lalu.

KEPALA dua beranak yang dibunuh dalam keadaan tragis ditemui ketika pemeriksaan dilakukan di rumah sewanya Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka.

Menurut laporan Sinar Harian, sumber berkata, kepala dua beranak itu dipercayai ditemui oleh pihak polis ketika membuat pemeriksaan dan siasatan lanjut di rumah teres dua tingkat terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal ibu mengidam nak cium, masuk bilik mayat! Mentua setuju nak bawa, jawapan suami isteri dah dijangka - “Hati saya terlalu teringin”

"Difahamkan kepala itu ditemui sepasukan anggota polis yang berada di rumah sewa mangsa lebih kurang jam 8 malam, Jumaat lalu.

"Bahagian kepala ibu dan anak itu ditemui di atas loteng rumah bercat kuning itu," katanya.

Bahagian belakang rumah mangsa turut diletakkan pita kuning pihak polis di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan anggota itu termasuk tangan mangsa yang belum ditemui kerana melibatkan sensitiviti pelbagai pihak terutama keluarga.

Beliau berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan dan 98 peratus telah siap termasuk bukti-bukti kukuh yang diperolehi sebelum pertuduhan dilakukan dalam masa terdekat ini.

"Segalanya akan diketahui kelak selepas suspek dituduh di mahkamah nanti," katanya.

Khamis lalu dilaporkan mayat dua beranak mangsa bunuh ditemukan dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian di Kampung Ladang, Krubong pada jam 4 petang.

Wanita dan anak lelakinya itu dibunuh di rumahnya dan dicampakkan ke kawasan semak sebelum ditemukan pemotong rumput yang sedang bekerja di kawasan itu.

Susulan itu, Sabtu lalu, polis berjaya menahan lelaki warga Singapura yang juga suami mangsa kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan kejam itu.

Pada 12 Oktober lalu, suspek direman tujuh hari apabila perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Melaka, Syarina Shaarani @ Tan bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Batu berendam , Singapura , kerat

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain