Pesalah pedofilia Richard Huckle ditemui mati dalam penjara

Richard Huckle.

PESALAH pedofilia, Richard Huckle yang melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia, ditemui mati di dalam penjara, menurut laporan media United Kingdom (UK).

Memetik laporan, pesalah seksual kanak-kanak tersebut ditemui mati ditikam beberapa kali menggunakan pisau di dalam sel penjaranya, di utara England pada Ahad.

Bekas jurugambar itu menjadi perhatian selepas didapati melakukan penderaan seksual terhadap kira-kira 200 kanak-kanak antara 2006 hingga 2014, terutama di Malaysia.

Pada 2017, pedofilia warga Britain itu yang menjadi kanak-kanak Malaysia di komuniti di Kuala Lumpur sebagai mangsa, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Dia disabitkan 23 hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah terhadap 71 pertuduhan kesalahan seks kanak-kanak.

Antara kesalahan yang dihadapi adalah 22 tuduhan rogol terhadap kanak-kanak semasa menjadi sukarelawan dengan komunti Kristian miskin di Kuala Lumpur.

Huckle memuat naik gambar-gambar penderaan terhadap kanak-kanak di sebuah laman web, dengan mangsa paling muda dipercayai berumur kira-kira enam bulan.

Dia ditahan selepas siasatan Australia berhubung laman web berkenaan. 

Polis Britain menahan Huckle, yang berasal dari Kent, England, di Lapangan Terbang Gatwick London  pada Disember 2014 semasa pulang ke tanah air dari Malaysia untuk menghabiskan cuti Krismas bersama ibu bapanya.

Dia membawa komputer dan kamera yang mengandungi lebih 20,000 imej penderaan seks kanak-kanak, dengan lebih 1,000 daripadanya menunjukkan dia melakukan pelbagai kesalahan termasuk rogol.

Komputer riba tersebut mengandungi buku lejer di mana dia menyenaraikan butiran mendera 191 mangsa.

Menurut laporan AFP, pegawai bagaimanapun tidak dapat mendakwa kesemua kes kerana tiada bukti fotografi. - The Star


Richard Huckle, pefofilia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain