suria

Harris Annuar bakal timang cahaya mata kedua, akhirnya anak sulung ada teman bermain

Harris (kanan) dan Asha mahu memberikan anak sulung mereka teman bermain.

KEHIDUPAN pelakon Harris Annuar dan Asha Merican semakin berseri dan bertambah ceria apabila pasangan ini bakal menimang cahaya mata kedua pada September depan. 

Harris atau Mohammad Harris Shahrul Annuar, 33, memaklumkan isterinya sedang hamil empat bulan dan bakal menjadi teman kepada anak sulung mereka iaitu Aura Medina.

"Alhamdulillah kandungan isteri saya sudah empat bulan. Kami memang merancang untuk anak kedua ini sebab nak bagi Medina ada teman bila bermain," katanya ketika dihubungi mStar. 

Harris (kanan) teruja menantikan kehadiran anak kedua.

Harris (kanan) teruja menantikan kehadiran anak kedua.

Dalam pada itu, Harris turut meluahkan rasa syukur kerana isterinya tidak mengalami sebarang alahan dan berada dalam keadaan baik sepanjang kehamilan.

"Untuk kehamilan kedua ini apa yang saya lihat isteri saya Alhamdulillah baik-baik saja. 

"Cuma selalunya wanita hamil ni morning sickness, tapi kali ini isteri saya kena night sickness pula. 

ARTIKEL BERKAITAN: 6 bulan ‘mengemis’ bayaran, Harris Annuar dedah agensi penipu elak rakan influencer jadi mangsa

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada duit bayar pembekal, Harris Annuar menangis jual kuih bangkit dalam video ‘live’

"Kalau nak cakap fasal alahan ada juga, tapi kena tunggu video saya nanti," ujarnya. 

Pada Ahad, Harris berkongsi sebuah video di Instagram yang memaparkan detik dia dan isteri menunggu keputusan kit ujian kehamilan.

Menerusi perkongsian tersebut, Harris dan Asha jelas terkejut apabila mendapati keputusan ujian menunjukkan tanda positif.

Untuk rekod, Harris mendirikan rumah tangga dengan Asha pada 11 Jun 2022 selepas empat tahun menjalin hubungan cinta. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aura Medina yang kini berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain