SUSULAN insiden digelar 'penyanyi bersuara Chipmunk', penyanyi Nabila Razali menasihati masyarakat supaya lebih berhati-hati menjaga pertuturan dan tidak bercakap sesuatu perkara sehingga menggores perasaan orang lain.Berkongsi situasi dilalui olehnya sebelum ini, Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 33, berkata dia tidak mengharapkan sebarang layanan istimewa daripada mana-mana pihak, namun cukup sekadar menjaga adab ketika berkomunikasi. "Saya tidak perlukan layanan istimewa. Bagi saya, sama ada artis atau orang biasa, kita semua perlu sentiasa menjaga cara bercakap dan bertindak.Nabila memaafkan individu yang menggelarkan suaranya seperti Chipmunk."Kadang-kadang perkara kecil yang dianggap gurauan boleh memberi kesan besar kepada orang lain," katanya kepada mStar.Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perantau Anak Pahang yang berlangsung di WTC, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.Berkongsi perkembangan isu tersebut, Nabila memaklumkan individu berkenaan sudah tampil menyatakan permohonan maaf menerusi mesej peribadi (DM) di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: “Tak marah tapi terkejut” - Nabila Razali tegur soal adab, Misha Omar dan Shila Amzah kongsi pengalaman samaARTIKEL BERKAITAN: [V] Nabila Razali tak melatah dikritik pakai tudung singkat, berkain jarang- "Saya hanya manusia biasa""Selepas saya muat naik di Threads, individu itu ada menghubungi saya untuk memohon maaf dan menjelaskan bahawa perkara itu tidak disengajakan."Malah, dia turut ditegur oleh suaminya sejurus selepas kejadian itu berlaku. Saya percaya dia tiada niat buruk, mungkin sekadar terlalu teruja atau tidak tahu apa yang ingin dibualkan sehingga terlepas kata," ujarnya. Sama ada artis atau orang biasa, kita semua perlu sentiasa menjaga cara bercakap dan bertindak.NABILA RAZALIPENYANYIDalam pada itu, Nabila mengakui situasi tersebut agak berbeza buat dirinya memandangkan selama ini dia sering berdepan kecaman di alam maya sahaja."Ini bukan kali pertama saya diejek, cuma sebelum ini saya hanya membaca komen seperti itu di media sosial."Kali ini ia berlaku secara depan-depan, jadi saya agak terkejut dan tidak tahu bagaimana mahu memberi respons. Perasaan itu bercampur-baur, sama ada mahu ketawa, marah atau hanya berdiam diri," jelasnya lagi.Nabila terkejut menerima ejekan di depan mata.Bercerita mengenai tindakannya memadam hantaran luahan perasaan tersebut tidak lama selepas dimuat naik, Nabila menjelaskan matlamat utamanya sudah pun tercapai.Katanya, dia tidak mahu isu berkenaan berlarutan sehingga menimbulkan spekulasi lain atau disalah ertikan oleh netizen."Saya padam hantaran itu sebab orang sudah dapat mesej saya. Saya pun tidak mahu isu ini berlarutan dan ke arah yang negatif," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube