suria

Zoey Rahman nak kaya kerana mahu bantu keluarga… Ambil langkah berani ceburi bidang baharu

Zoey teruja memulakan sesuatu yang baharu dalam hidupnya.

IMPIAN untuk hidup mewah mendorong pelakon Zoey Rahman terus mencari peluang dan idea baharu bagi menjana pendapatan.

Kata Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, 41, menambah sumber pendapatan itu juga dilihat sebagai peluang untuk dia berbakti dan memberi manfaat kepada keluarga.

"Selama ini saya melihat ramai individu yang berjaya dan hidup mewah. Siapa yang tidak mahu mengejar kehidupan sebegitu.

Zoey tidak mahu terus berada di zon selesa. 

"Bukanlah untuk diri sendiri sahaja. Saya juga mahu memberi kesenangan kepada orang lain. Kalau hidup mewah, dapatlah saya membantu keluarga," katanya.

Mengambil langkah berani, Zoey kini mula berjinak-jinak dalam dunia pelaburan yang mula dipelajarinya sekitar Februari lalu.

Serius untuk menjadikannya sebagai satu cabang menjana ekonomi, dia bagaimanapun tidak berhasrat untuk meninggalkan dunia seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Zoey Rahman cipta lagu ‘Kita Dah Raya’, duet dengan Elliza Razak 

ARTIKEL BERKAITAN: Pedih dan silau, Zoey Rahman alami ulser mata akibat terlalu lama hadap skrin telefon

"Sebenarnya pelaburan ini boleh dibuat pada bila-bila masa. Jadi saya perlu membahagikan masa sebaik mungkin supaya tidak mengganggu urusan lain.

"Biarpun serius mencuba bidang baharu, namun tidaklah saya tinggalkan kerjaya seni. Cuma kena pandai mencari peluang supaya kedua-duanya berjalan seiring," ujarnya.

Perjalanan Zoey dalam bidang pelaburan mula tercetus selepas dia menyertai syarikat Prediktable Circle yang banyak memberi bimbingan.

Zoey beranikan diri menceburi bidang pelaburan. 

Pelakon ini dalam masa yang sama melihat situasi semasa sebagai salah satu faktor untuk dia tidak mudah berada di zon selesa.

"Kalau kita lihat keadaan ekonomi sekarang pun tidak menentu. Saya juga tidak tahu masa depan perniagaan yang diusahakan selama ini.

"Jadi disebabkan itu saya perlu bersedia untuk mencuba sesuatu yang berbeza," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain