PENYANYI Azza Zawari memilih untuk menolak jemputan rumah terbuka hari raya kerana bimbang anaknya iaitu Adam menimbulkan rasa kurang selesa terhadap tuan rumah dan tetamu.Menurut Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 49, anak lelakinya yang kini berusia lapan tahun memerlukan lebih perhatian selepas didiagnosis autisme ringan tahap dua. Katanya, keputusan itu dibuat demi menjaga sensitiviti semua pihak selain mengelakkan sebarang situasi yang tidak diingini berlaku.Azza tak mahu kejadian tak diingini berulang lagi."Ada rumah terbuka kalau buat di rumah saya minta maaf tak hadir, saya risau kehadiran saya dan Adam akan timbulkan rasa tak best sebab Adam autism."Karang dia usik pemainan apalah, jadi saya memang ambil keputusan tidak hadir mana-mana rumah terbuka yang dibuat di dalam rumah. Kalau ada khemah tak apa sebab saya tahu Adam behave."Tapi dia masih budak autisme, jadi nampak mainan kang dia ambil macam mana, baik tak payah datang. Saya pun tak boleh kalau orang mengata dan marah anak saya," katanya menerusi hantaran Thread.ARTIKEL BERKAITAN: Tak ‘hamak’ nak makan percuma, Azza Elite ada cara sendiri bantu peniagaARTIKEL BERKAITAN: Pekerja ‘songlap’ duit jual kek, Azza Elite kesal layanan baik dibalas mencuriJelasnya, keputusan itu diambil selepas anaknya terlibat dalam satu kejadian yang menyentuh hati malah menyedari tidak ramai yang memahami keadaan anak istimewanya.Cerita Azza lagi, hatinya pernah tersentuh apabila kanak-kanak sebaya enggan bermain dengan Adam selain mainan di tangan turut dirampas di depan matanya."Saya nampak saja orang rampas mainan dari anak saya sebab Adam tengah main. Budak-budak lain tak nak kawan dengan anak saya sebab dia autism. Saya bahagia saja duduk di rumah.AZZA ELITEPENYANYI"Kasihan anak saya, mainan kereta jangan cakaplah mak dia Azza Elite kut selambak dekat rumah ini," luahnya.Sebagai ibu, Azza berkata dia rela duduk di rumah bersama anaknya kerana merasakan itu tempat terbaik buat anaknya.Namun dia tetap membawa Adam ke tempat-tempat tertentu yang dirasakan sesuai, seperti hotel atau lokasi yang lebih terkawal.Azza mahu lindungi anaknya."Kitanya cepat terperanjat, sebelum saya terperanjat lebih baik saya atau suami tak bawa. Nak pergi sendiri saja tapi saya pula tak sanggup, baik duduk rumah."Saya pula ibu yang melindungi, jadi saya bahagia saja duduk di rumah atau makan fine dinner dekat mana-mana. "Sebab kalau dekat luar Adam behave saja walaupun saya bawa dia ke hotel. Cuma bila dekat rumah orang ini saya paranoid sikit," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube