suria

Zoey Rahman cipta lagu ‘Kita Dah Raya’, duet dengan Elliza Razak

Zoey (kiri) dan Elliza merakamkan lagu duet berjudul Kita Dah Raya.

PELAKON dan pengacara Zoey Rahman tampil dengan buah tangan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila mencipta lirik lagu raya berjudul Kita Dah Raya duet bersama penyanyi Elliza Razak.

Zoey atau Mohd Hairey Azhar Rahman, 41, berkata pada awalnya dia hanya diminta menulis lirik tentang suasana Aidilfitri untuk Gen Z bercinta, sebelum pengurusnya menyerahkan kepada komposer untuk dijadikan lagu.

"Pada awalnya pengurus suruh saya tulis gambaran tentang suasana raya untuk golongan gen Z yang sedang bercinta, bila siap diam-diam dia (pengurus) ubah dan beri kepada komposer. 

Buat pertama kali Zoey (kanan) menulis lirik lagu.

Buat pertama kali Zoey (kanan) menulis lirik lagu.

"Keesokan harinya pengurus beri saya demo lagu raya dan suruh berduet. Terkejut saya tapi bila dengar demo tu dua kali terus rasa menarik dan terfikir kenapa tidak saya cuba. 

"Kalau dulu anda selalu dihiburkan dengan lagu raya Anuar dan Ellina, tahun ini biar lagu raya saya dan Elliza (adik Ellina), Kita Dah Raya pula menghiburkan anda di hari raya," katanya. 

Dalam pada itu, Zoey turut mendedahkan perancangan awal sebenarnya ingin menggandingkan penyanyi Anis Suraya, namun kekangan masa memaksa mereka membuat keputusan pantas.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi ‘marketing’ murahan, Zoey Rahman kini bina studio sendiri... Sanggup belanja besar RM100,0000

ARTIKEL BERKAITAN: Elliza Razak digelar pendek dan gemuk, minta netizen tunjuk wajah sebenar

"Pada awalnya kami bercadang untuk berduet dengan Anis tetapi dia minta untuk beri sedikit masa berbincang dengan suami. 

"Memandangkan masa begitu singkat kerana sudah nak masuk bulan Ramadan, jadi kami ambil keputusan untuk mencari pasangan duet lain. 

"Timbullah idea untuk berduet dengan Eliza. Setelah dipersetujui oleh Elliza, kami mula membuat persiapan ringkas dan terus merakamkan lagu ini," ujarnya. 

Sementara itu, Elliza mengakui teruja apabila menerima pelawaan untuk menjayakan projek lagu raya tersebut, lebih-lebih lagi berpeluang bekerjasama semula dengan rakan lama.

"Mula-mula dapat panggilan dari Zafar saya teruja nak sertai projek lagu raya dengan Zoey. Kami kawan yang dah lama tak berjumpa. 

Elliza (kiri) teruja dapat bekerjasama dengan Zoey.

Elliza (kiri) teruja dapat bekerjasama dengan Zoey.

"Bila kami berjumpa semula dan berbincang, semua kenangan masa kami lepak dulu keluar satu persatu. Disebabkan kami memang rapat jadi chemistry untuk berduet tu memang ada. 

"Saya turut bantu vocal guide dan bagi semangat pada Zoey. Mula-mula dia memang gementar tetapi semuanya berjalan lancar," katanya. 

Kita Dah Raya, hasil ciptaan bersama komposer RiaRaiba, kini boleh didengari di semua platform digital bermula 6 Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain