LAGU raya nyanyian pelakon dan penyanyi, Diana Danielle berjudul Raya Macam Mana? mencipta kejayaan tersendiri apabila tersenarai dalam carta trending YouTube nombor 10.Muzik video lagu berkenaan telah meraih lebih setengah juta tontonan sejak pelancarannya pada 7 Februari lalu. Dengan gabungan muzik ceria, lirik penuh makna dan persembahan unik, Raya Macam Mana? hasil kolaborasi bersama penyanyi rap Francis Roman itu bukan sekadar lagu raya, tetapi simbol penyatuan budaya Malaysia.Raya Macam Mana? berjaya trending di YouTube.Menurut Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 35, kolaborasi ini amat istimewa kerana ia turut menyelitkan lirik dalam bahasa Mandarin. "Pendekatan sebegini secara tidak langsung menonjolkan semangat perpaduan apabila rakyat Malaysia saling meraikan budaya antara satu sama lain," katanya kepada mStar.Ditanya mengenai penerimaan pendengar, Diana Danielle berkata dia sentiasa bersedia menerima apa sahaja pandangan masyarakat.Malah Diana juga bersyukur kerana Raya Macam Mana? mendapat sambutan yang baik daripada pendengar.ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle hangat bercinta dengan ahli perniagaan bujang... “Taste saya bukan yang muda-muda”ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle kongsi keadaan anak alami lumpuh muka secara tiba-tiba… “Terdapat beberapa perkataan Muhammad tidak dapat sebut”"Bila kita berkarya, memang tak dapat lari daripada pelbagai persepsi dan tanggapan orang. Itu perkara biasa."Alhamdulillah, sambutan terhadap lagu ini sangat menggalakkan," jelasnya.Tambah Diana, lagu yang dihasilkan juga sangat unik kerana disampaikan dalam bentuk dialog muzik. Diana dan Francis harap single mereka dapat beri kegembiraan kepada pendengar.Francis mengajukan persoalan mengenai sambutan Aidilfitri, manakala Diana menjawab dengan menerangkan tradisi perayaan tersebut. Dalam pada itu, Francis hanya berharap single terbaharu mereka ini dapat memberi kegembiraan kepada pendengar."Saya meletakkan sasaran agar pendengar gembira dan memahami makna keharmonian masyarakat di negara kita yang ingin disampaikan dalam lagu ini," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube