suria

Elliza Razak digelar pendek dan gemuk, minta netizen tunjuk wajah sebenar

Nama Elliza kini kembali menjadi perhatian netizen di media sosial.

PELAKON dan penyanyi Elliza Razak menerima banyak kiriman mesej selepas namanya kembali menjadi sebutan di media sosial. 

Bukan hanya kata-kata semangat, malah menurut Elliza, 41, ada juga segelintir yang mempersendakan rupa parasnya tidak cantik dan memiliki tubuh badan gempal. 

Menganggap ia sebagai satu bentuk serangan netizen dan 'body shaming', penyanyi ini juga menyelar tindakan sesetengah pihak yang berselindung di sebalik akaun palsu. 

Perkongsian Elliza yang dimuat naik di Instastory.

Perkongsian Elliza yang dimuat naik di Instastory.

"Ada yang mesej di Telegram, kata saya buruk, pendek, tak lawa, gemuk. Siapa yang mengata saya tu lawa sangat ke? Nak tengok sikit, tunjukkan muka korang. 

"Mungkin sebab kes saya viral sejak kebelakangan ini, muncul pula netizen serang saya," katanya. 

Elliza berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pernah jadi mangsa keganasan rumah tangga, Elliza Razak syukur derita 12 tahun berakhir

ARTIKEL BERKAITAN: Zynakal kebal kena ‘face shaming’, setuju komen netizen tentang wajahnya… “Terima kasih ingatkan saya bukan Zayn Malik”

Baginya juga setiap perbezaan yang dimiliki bukan alasan untuk masyarakat di luar sana melemparkan kecaman. 

Tambah Elliza, dia bersyukur atas  kurniaan yang diberikan dan tidak perlu membandingkan rupa parasnya dengan individu lain.

"Sedihlah bila paras rupa dipertikaikan. Ya saya sedar saya tidaklah ada rupa sangat pun tapi janganlah keji saya. Allah dah bagi rupa bentuk saya begini, nak buat macam mana? 

"Ada pula yang membanding-bandingkan. Kata saya tidak sesuai dengan orang itu atau orang ini," luahnya. 

Elliza meluahkan kesedihan apabila menjadi mangsa penghinaan fizikal di media sosial.

Elliza meluahkan kesedihan apabila menjadi mangsa penghinaan fizikal di media sosial.

Sebelum ini, nama Elliza kembali menjadi sebutan apabila dia membuat rayuan meminta bantuan orang ramai membeli produk jualannya. 

Ia susulan penyanyi berkenaan berdepan masalah kewangan yang memerlukannya mengumpul sejumlah wang bagi menyelesaikan beberapa bayaran tertunggak. 

Tambah hangat lagi, Elliza turut dilihat kerap membuat sesi siaran langsung di TikTok bersama penyanyi Nine Phyne Ballerz untuk sama-sama menjual beberapa jenis produk.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain